Sebagai rakyat Malaysia yang telah menunaikan tanggunjawab mereka pada Pilihan Raya Umum 14 tahun ni pada 9 Mei 2018 dalam menentukan nasib negara yang kita cintai ini. Tetapi apa yang saya hendak tekankan di sini adalah mengenai blockchain. Adakah teknologi Blockchain dapat membasmi rasuah di Malaysia. Pada awal minggu ini, seorang calon Persatuan Cina Malaysia (MCA), Ryan Ho, mendakwa bahawa jika beliau dipilih sebagai anggota Parlimen, dia akan membawa usul teknologi Blockchain yang tujuannya untuk membanteras rasuah dalam kerajaan.
Beliau berkata dalam satu kenyataan kepada media tempatan mengenai teknologi blockchain, seperti Ethereum, telah terbukti dapat membasmi rasuah di jabatan kerajaan.
Secara Teorinya Blockchain Mampu Membasmi Rasuah di Malaysia
Secara teorinya, sifat blockchain itu sendiri tidak berubah dan telus yang menjadikannya instrument utama dalam menangani masalah seperti rasuah. Menerapkan Blockchain ke sektor awam sebagai alat accountability dan akan menjadikan rasuah lebih sukar dilakukan kerana ia pasti akan meninggalkan kesan(trace) dan bagaimana dana awam dibelanjakan.
Sekiranya teknologi ini digunakan, setiap urus niaga antara kerajaan, entiti GLC dan sektor swasta boleh disemak jika terdapat unsur-unsur rasuah. Penggunaan distributed ledger juga penting dan ini bermakna bahawa apabila tiba untuk penyiasatan atau pendakwaan pihak tertuduh tidak mudah untuk menghapus jejak mereka dan tidak dapat mengelirukan orang ramai di mana sumber transaksi dilakukan.
Secara Realitinya pula?
Keberkesanan teknologi blockchain dalam membasmi rasuah sebahagian besarnya bergantung pada bagaimana ia digunakan, pihak berkuasa yang menggunakannya boleh memilih blockchain yang berpusat di mana ianya hanya boleh diakses oleh orang yang terlibat sahaja yang secara teorinya bermaksud, mereka yang diberi kebenaran oleh pihak berkuasa sahaja boleh terlibat dalam pengauditan.
Rasuah juga boleh berlaku di luar jangkawan pihak audit, sebagai contoh jika seorang penjawat awam mempunyai niat jahat dengan memberikan kontrak kepada penjual swasta yang menawarkan suapan kepadanya. Walaupun urus niaga kontrak telah dicatatkan pada blok tersebut, tetapi rasuah tidak boleh dikesan jika ia dibuat secara fizikal.
Walaupun blockchain membolehkan rakyat tahu transaksi yang dilakukan, cabaran utamanya adalah sama ada akan ada penyertaan yang cukup dari orang awam yang bukan dari badan NGO. Ramai warga negara menyuarakan ketidak puasan hati mengenai keputusan laporan Ketua Audit Negara yang banyak keraguan.
Kesimpulannya
Tidak dinafikan bahawa teknologi blockchain merupakan teknologi yang sangat bagus dalam membasmi rasuah, tetapi kita juga perlu berhati-hati untuk tidak bergantung sepenuhnya kepada teknologi ini kerana keberangkalian teknologi ini boleh disalhgunakan oleh pihak tertentu bagi menutup kesalahan mereka. Walaupun mempunyai kelebihan dalam mengakses data dalam kuantiti yang banyak adakah ia dapat menyelesaikan masalah sosial ini sepenuhnya?
Teknologi blockchain pastinya merupakan istrument yang hebat dalam memerangi rasuah, tetapi perlu diingatkan bahawa penting juga mempunyai pentadbir serta pemimpin yang baik. Di akhir kata dengan Kerajaan yang baru ditubuhkan ini dapat melihat potensi teknologi blokchain ini sebagai salah satu instrument dalam memerangi masalah rasuah ini.