Dua Imam Diberhentikan Kerana Dipercayai Memiliki Bitcoin - Market Demon

Sunday, April 1, 2018

Dua Imam Diberhentikan Kerana Dipercayai Memiliki Bitcoin


Dilaporkan bahawa dua (2) pegawai agama di Zonguldak, Turki, telah dipecat oleh Presidensi Agama Turki.

Mecit K, yang memegang jawatan sebagai imam masjid di pusat bandar Zonguldak, dan Satilimis B, telah dibuang selepas siasatan yang dilakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Turki 

Menurut Mecit, "Saya tidak mempunyai kaitan dengan Bitcoin, saya tidak melabur sesen pun. Benar saya ada membuat pelaburan dalam blockchain, tetapi saya tidak pernah melabur dalam Bitcoin dan ia adalah pelaburan yang sah". Mecit juga memberitahu bahawa ini bukanlah pelaburannya yang pertama. Pada tahun 2016, siasatan telah dijalankan pada kes ini di bawah bidang kuasa yang diperuntukan, namun kemudian kes itu ditutup dan siasatan dilakukan semula pada 2017.

Walau bagaimanapun, di pihak Satilimis pula mengaku tidak bersalah dan dia mendakwa tidak "tahu apa itu Bitcoin". Satilimis menyatakan bahawa perniagaan isterinya baru-baru ini telah menjadi mangsa penipuan. Satilimis menyambung, "Isterinya pergi ke tempat ini dengan menjual barangan perhiasan di atas pengaruh bapa mertuanya dan saya juga menjadi mangsa di sini. Saya adalah mangsa keadaan. Perkara ini amat terkesan pada saya selepas Majlis Agama Turki membuat keputusan ini. "

Lewat tahun lepas, Presiden Kehormat Agama Turki buat pertama kalinya telah mengumumkan bahawa ia tidak akan membenarkan penggunaan cryptocurrency di negara tersebut.

Menurut Manifesto Gazete memetik Majlis Tertinggi Agama Islam Turki menyimpulkan bahawa "Kebenaran untuk menggunakan apa sahaja jenis mata wang adalah berdasarkan prinsip umum iaitu dianggap sebagai ukuran pertukaran dan mempunyai nilai serta kepercayaan kepada pengguna. Penggunaan setiap mata wang digital crypto yang muncul sejak beberapa tahun kebelakangan ini harus dinilai semula berdasarkan prinsip umum di atas. Menurutnya lagi kemungkinan risiko penipuan adalah tinggi kerana ketidaktentuan dalam pasaran terhadap nilai mata wang digital crypto tersebut".