Pemilik Louis Vuitton Dan Christian Dior Memperkenalkan Platform Blockchain Untuk Mengesahkan Produk Mereka - Market Demon

Thursday, May 23, 2019

Pemilik Louis Vuitton Dan Christian Dior Memperkenalkan Platform Blockchain Untuk Mengesahkan Produk Mereka

Image result for LV and christian dior aura technology

ConsenSys telah bekerjasama dengan LVMH dan Microsoft untuk membina platform blockchain yang membolehkan pengguna mengesahkan kesahihan barangan mewah mereka. Sistem tersebut yang dikenali sebagai Aura direka untuk seluruh industri mewah dengan menawarkan perkhidmatan penjejakan dan pengesanan produk yang amat berkesan.

Jenama LVMH termasuk Louis Vuitton dan Christian Dior sudah terlibat dalam projek itu dan perbincangan sedang berlangsung untuk memperluaskan lagi sistem Aura ini ke nama-nama produk mewah yang lain.

Teknologi ini membolehkan seseorang itu melihat maklumat unik tentang setiap produk yang disimpan pada ledger bersama produk tersebut. Pelanggan kemudian dapat menggunakan aplikasi rasmi jenama untuk mendapatkan sijil yang menawarkan butiran tentang produk yang dibeli untuk mengesahkan lagi produk tersebut adalah asli dan bukan tiruan.

Aura yang menggunakan blok Ethereum dan Microsoft Azure juga akan menawarkan perkhidmatan maklumat etika dan alam sekitar, arahan untuk penjagaan produk dan perkhidmatan waranti. Pasukan di belakang sistem Aura turut berharap ianya akan diguna pakai oleh jenama mewah yang lain dan membolehkan mereka menawarkan perkhidmatan tailor-made atau mengukuhkan kesetiaan kepada pelanggan.

No comments: