German Utara Rhine-Westphalia Bakal Mendirikan Institut Blockchain Eropah - Market Demon

Friday, May 17, 2019

German Utara Rhine-Westphalia Bakal Mendirikan Institut Blockchain Eropah

Image result for german dortmund blockchain

Pemerintah negara Jerman Utara Rhine-Westphalia (NRW) mengumumkan rancangan untuk mendirikan Institut Blockchain Eropah untuk penyelidikan teknologi blockchain. Menurut Menteri Ekonomi NRW Andreas Pinkwart, Institut Blockchain Eropah akan didirikan di kota Dortmund akhir tahun ini, di dalam Institut Fraunhofer untuk Bahan dan Logistik (IML).

Siaran media mengatakan bahawa pengkritik blockchain telah menyuarakan kebimbangan mengenai jumlah tenaga yang bakal digunakan oleh perlombongan Bitcoin (BTC).  Pinkwart menangani kebimbangan ini dan memuji faedah teknologi blockchain, dengan berkata, teknologi ini boleh menjadi selamat, terdesentralisasi, terjangkau apabila digunakan dengan cara yang betul, dan tidak terlalu intensif tenaga.

Menurut siaran akhbar disana, Eropah kini berada di belakang Amerika Syarikat dalam kemajuan blockchain dan harus bersaing supaya tidak ketinggalan dan ini juga  merupakan matlamat yang diharapkanoleh NRW.


Ikuti kami untuk mendapat berita terkini mengenai cryptocurrency, pasaran kewangan dan blockchain dalam Bahasa Malaysia:

Twitter: Market Demon


Telegram : Market Demon

No comments: