Amaran Jerman : Industri Kewangan Perlu Bersedia Dengan Kesan Ripple Brexit - Market Demon

Friday, February 8, 2019

Amaran Jerman : Industri Kewangan Perlu Bersedia Dengan Kesan Ripple Brexit


Menurut Menteri Kewangan Jerman, Olaf Scholz, industri kewangan perlu bersiap sedia dengan "ripple effect" jika UK meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) tanpa perjanjian. Pengawal selia, kerajaan dan Suruhanjaya Eropah perlu bekerjasama dengan pemain pasaran kewangan untuk meminimumkan risiko dari Brexit pada penghujung bulan Mac. 

Note : Ripple effect merupakan istilah merujuk kepada satu tindakan tunggal yang memberi kesan ke atas beberapa entiti berbeza. 

Bercakap di bursa saham Frankfurt semalam yang dihadiri oleh para bankir dan profesional industri kewangan yang lain, Scholz berkata,

Kami mahu memastikan bahawa walaupun dalam hard Brexit, tidak ada bahaya kepada kestabilan firma individu dan sistem kewangan secara keseluruhan.

Keputusan bagaimana Brexit akan diteruskan adalah bergantung kepada parlimen UK. 27 anggota EU yang lain bersetuju bahawa tidak akan ada rundingan semula dengan UK. Parlimen Jerman mungkin akan meluluskan undang-undang bulan ini untuk mengelakkan dari kekacauan berlaku dalam pasaran dengan memberi kuasa kepada BaFin untuk memastikan kontrak kewangan merentasi sempadan dan derivatif tidak jelas kekal sah.

Jangan lupa ikuti Twitter Market Demon

No comments: