Kenapa Motivasi Amat Penting Bagi Seseorang - Market Demon

Friday, November 16, 2018

Kenapa Motivasi Amat Penting Bagi Seseorang



Untuk berjaya dalam kehidupan, motivasi boleh dikatakan sebagai satu keperluan bagi individu. Kita perlu tahu bagaimana hendak memotivasikan diri kita dan kita juga perlu mempunyai semangat yang tinggi walaupun pelbagai ujian yang dihadapi. Sesiapapun mesti akan menghadapi satu fasa dimana hilang semangat dan berputus asa ketika menghadapi situasi yang sukar.

Jadi bagaimana caranya hendak memotivasikan diri sendiri? Disini merupakan tips bagaimana caranya untuk memotivasikan diri sendiri untuk sentiasa bersemangat dalam menghadapi segala ujian yang dihadapi.

Tahu Tujuan
Tahu tujuan anda merupakan inspirasi terbaik untuk memberi anda motivasi dalam menghadapi masalah. Ia dapat membantu anda melakukan perkara- perkara yang dilihat mustahil pada pandangan mata orang lain tetapi tidak bagi anda. Bila anda fikir anda sudah tiada semangat untuk meneruskan perjalanan hidup ini, ingat balik apa tujuan anda melakukannya dan motivasi itu akan kembali kepada anda serta merta.


Tetapkan Impian atau Matlamat
Tujuan anda untuk berjaya merupakan sumber motivasi yang kuat tapi masih belum cukup untuk merealisasikannya. Anda perlu ada impian ataupun matlamat. Anda bayangkan apa yang akan berlaku pada anda apabila anda berjahaya mencapai tujuan anda. Sebab itu, memiliki impian adalah sangat penting dan setiap individu mempunya impian yang berbeza. Jangan mengikuti impian orang lain tetapi cipta lah impian anda sendiri jadi anda akan merasa betapa manisnya kejayaan yang anda perolehi selepas mengecapi impian yang anda idamkan. Impian yang ditetapkan haruslah realistik dan mencabar untuk mengeluarkan anda dari zon selesa yang anda duduki sekaramg ini.

Berani Meneruskan Perjalanan
Dalam perjalanan anda untuk berjaya sudah tentu anda akan menghadapi cabaran. Anda mungkin cenderung untuk berhenti di situ sahaja atau mungkin anda berfikir ia terlalu sukar untuk diteruskan. Tetapi ia sebenarnya adalah saat dimana anda boleh melihat perbezaan antara seorang yang menang ataupun seorang yang kalah. Walaupun kedua-duanya menghadapi cabaran yang sama, tetapi apa yang membezakan adalah keberanian untuk meneruskan perjalan yang telah dipilih. Jika berhadapan dengan situasi yang sukar, cuba fokuskan pemikiran anda untuk melangkah kehadapan. Jangan terlalu fokus kepada masalah tetapi fikirkan cara bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang dihadapi


Lupakan Masa Silam
Percaya atau tidak, salah satu pemusnah motivasi diri anda ialah anda terikat dengan masa silam anda sendiri. Ia memberi beban yang berat diatas bahu anda yang perlu anda pikul setiap hari. Walau bagaimanapun, ia adalah sesuatu yang boleh anda tinggalkan. Anda mungkin membuat kesilapan pada masa lalu ataupun anda mungkin pernah mengecewakan orang lain dengan keputusan yang anda buat. Tapi ketahui yang semua itu sudah berlalu dan ia tidak akan berubah. Fikirkan setiap hari adalah hari baru buat anda. Tidak kira seteruk mana masa silam anda, masih ada masa depan yang cerah menanti anda jika anda berani meneruskan perjalanan dan berani menghadapi ujian kehidupan yang bakal dihadapi. Kemanisannya akan dirasa oleh anda sendiri bagi anda yang berani mengahadapi cabaran.

Tidak kira sesusah mana pun cabaran yang dihadapi oleh anda, teruskan usaha anda, berdoalah untuk mendapat yang terbaik, dan bertawakal kepada Allah.














No comments: