Bank pusat Norway, Norges Bank, sedang mempertimbangkan untuk membuat mata wang digital mereka sendiri sebagai tambahan kepada wang tunai sekarang. Laporan yang telah disediakan oleh kumpulan kerja Bank Norges meneliti dalam semua aspek dalam menilai semula penerbitan mata wang digital di bank pusat (CBDC). Sekurang-kurangnya terdapat tiga ciri aplikasi CDBC yang didahulukan yang pertama adalah pengenalan alternatif yang boleh dipercayai untuk mendepositkan ke bank swasta, kedua, tender yang sah sesuai sebagai tambahan kepada wang tunai, dan penyelesaian kepada sistem backup yang bebas untuk sistem pembayaran elektronik.
Dengan ciri-ciri tersebut CBDC dapat menyediakan pelanggan dengan cara yang lebih alternatif iaitu dengan menyimpan aset digital. Menurut bank Norges, asas yang lain yang turut diketengahkan oleh CBDC juga adalah dengan tidak mengganggu bank swasta dan lembaga kewangan lain. Norges Bank dilaporkan akan terus mengeluarkan wang tunai selagi ada permintaan untuknya dan bank ini juga akan mula merangka kerja-kerja mengenai aset digital ini.
Negara-negara lain di Eropah juga sekarang ini sudah mula sedar akan kelebihan mata wang digital dan mula mempertimbangkan untuk mengeluarkan mata wang digital melalui bank pusat mereka. Sama seperti Norway, Riksbank Sweden sedang mempertimbangkan e-krona akibat daripada penurunan peredaran wang tunai.