"Deep Web" atau dikenali juga sebagai Hidden Web, Dark Web atau Invisible Web, merupakan sebahagian daripada Internet yang tidak dapat dijangkau oleh enjin carian biasa. "Web browsers" yang sering digunakan seharian juga tidak dapat menjejaki Deep Web ini. Namun, dengan tambahan software tertentu, anda mungkin dapat menembusi Deep Web ini.
Apa yang ada di dalamnya?
Ia merupakan pusat kegiatan haram atau separa haram. Di dalam Deep Web, anda boleh menemui apa saja termasuk kegiatan seks haram, jual beli dadah sehinggakan ada juga urusan pembunuh upahan yang sanggup membunuh siapa sahaja yang anda mahu dengan bayaran tertentu.
Usah terkejut kerana ada juga siaran langsung (live show) di mana pembunuhan dijalankan dalam show tersebut secara LIVE!. Malahan, siaran tersebut adalah percuma untuk ditonton. Menakutkan bukan? Mereka yang terlibat dalam show tersebut dibayar setiap jam bermula dari USD1,000 hingga USD5,000 bergantung kepada cara pembunuhan tersebut dilakukan.
Kekejaman terhadap haiwan juga antara show yang mendapat sambutan. Show yang dipanggil "crush porn" itu mempunyai laman forum mereka sendiri dan ia mempunyai jumlah tontonan yang banyak. Arnab dan hamster antara haiwan yang sering digunakan dalam show terbabit. Saya tidak mahu menghuraikan kegiatan tersebut secara terperinci kerana ia sungguh tidak berperikemanusiaan.
Kerajaan U.S telah mengambil tindakan terhadap individu terbabit dalam kegiatan itu. Selain itu, laman web "Silk Road" atau laman untuk jual beli dadah juga telah berjaya dipatahkan oleh pihak berkuasa. Pelakon dan pengarah yang terbabit dalam live show itu juga telah ditahan dan telah diambil tindakan.
Persoalannya, mengapa ada yang sanggup untuk melayari laman Deep Web ini? Untuk pengetahuan anda, bukan semua aktiviti yang dijalankan di deep web ini adalah haram atau melanggar undang-undang. Ada juga yang cuma inginkan privacy ataupun mahu menyembunyikan kegiatan mereka (yang tidak sah (illegal)) daripada pengetahuan orang ramai ataupun kerajaan. Terdapat juga perpustakaan untuk buku-buku yang diharamkan, perkhidmatan ID palsu dan bayak lagi kegiatan yang dijalankan di dalamnya.
Kebanyakan software penyedia perkhidmatan Deep Web ini akan memberikan anda akses dengan penuh privasi dan "anonymity" kepada anda. WikiLeaks merupakan satu contoh laman web popular yang anda boleh layari di deep webs ini.
Boleh dikatan kebanyakan kandungan internet tersembunyi dalam Deep Web ini. Salah satu tool yang terkenal untuk melayari Deep Web ini adalah Tor Project. Ia membolehkan anda untuk melayari internet melalui server Tor Project dan anda akan melayarinya secara rahsia dan privasi. Walau bagaimanapun, menurut pakar sekuriti Deep Web, Tor Project tidaklah memberikan sepenuh privasi kepada anda bahkan anda yang patut melindungi diri anda sendiri! Dengan kebangkitan cryptocurrencies seperti Bitcoin, Deep Web sekarang mempunyai platform anonymity dari segi kewangan.
Dunia kita sekarang menuju ke satu tahap kekejaman atau kezaliman yang anda tidak boleh bayangkan betapa buruknya ia bahkan akan memberi mimpi ngeri buat anda.
Tetapi, kami di Market Demon menjanjikan anda dengan curahan ilmu dalam dunia cryptocurrency ini demi mempersiapkan kita semua untuk menghadapi masa depan yang semakin mencabar.
Teruskan bersama kami untuk lebih info menarik!