Personaliti Wang - Market Demon

Saturday, March 24, 2018

Personaliti Wang


Adakah anda sedar persepsi berbeza orang sekeliling anda terhadap wang? Setiap orang mempunyai persepsi berbeza terhadap wang. Namun tidak ramai yang sedar apa persepsi mereka pada keseluruhannya. Terdapat beberapa faktor yang menentukan bagaimana seseorang itu melihat wang :

1. Persekitaran Anda
2. Orang sekeliling 

Faktor Persekitaran
Kadang-kadang sukar untuk mengetepikan pelajaran yang kita pelajari sejak dari kecil. Sekiranya seseorang dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai masalah kewangan, maka dia akan mencari financial security selama-lamanya. Sebaliknya, jika seseorang itu dibesarkan dalam keluarga yang kaya-raya, dia mungkin tidak terlalu sibuk dengan wang. 

Faktor Orang Sekeliling
Sekiranya bulatan kenalan anda memiliki kereta mewah, pakai pakaian berjenama, kerap bercuti ke luar negara dan sebagainya secara tidak langsung ia akan turut mempengaruhi anda, anda akan berharap untuk melakukan perkara yang sama.

Berdasarkan 2 faktor di atas, terdapat 3 kategori personaliti wang. 

3. Wang Untuk Dinikmati
Sekiranya anda termasuk dalam kategori ini, anda seorang yang akan membeli apa sahaja yang anda inginkan. Tidak ada yang salah untuk berbelanja, terutamanya wang hasil dari kerja keras anda. Masalahnya adalah apabila pembeli jatuh ke lembah hutang untuk membiayai perbelanjaan mereka. Jika anda berbelanja lebih dari pendapatan anda, saya ucapkan selamat datang ke neraka kewangan.

Jatuh ke perangkap kewangan lebih cepat dari yang anda fikirkan. Terperangkap dalam hutang bukan situasi yang anda mahukan tetapi anda boleh mengelakkannya dengan mengambil beberapa langkah mudah. Sebagai contoh, anda boleh menetapkan belanjawan bulanan untuk discretionary spending, iaitu barang yang bukan menjadi keperluan. Ia boleh menjadi sukar sekiranya anda sudah dibelenggu oleh hutang.

Lihat komitmen bulanan anda. Berapa banyak yang anda perlu keluarkan untuk sewa, bil, makanan, hutang dan lain-lain? Anda harus tahu jawapan kepada soalan ini. Sebaik sahaja anda telah mengetahui jumlahnya, tolak dari pendapatan anda dan baki yang tinggal khaskan sedikit untuk pelaburan, selebihnya anda boleh gunakan untuk discretionary spending.

2. Wang Untuk Keselamatan
Sekiranya anda percaya bahawa wang adalah untuk keselamatan maka anda adalah seorang yang mempunyai beberapa akaun simpanan dan mungkin mempunyai matlamat simpanan bulanan atau tahunan. Anda juga mempunyai akaun berasingan untuk kecemasan dan anda tidak mempunyai masalah untuk hidup tanpa kemewahan.

Hasil yang diperolehi dari akaun simpanan biasanya agak kurang dan jika anda berani mengambil risiko, anda perlu mencari jalan supaya wang anda bekerja untuk anda.

1. Wang Untuk Dikongsi
Kategori ini cenderung menjadi seseorang yang bermurah hati. Mereka suka membeli hadiah untuk orang lain dan bersedekah. Mereka biasanya sentiasa rasa mencukupi dengan apa yang mereka ada. 

Jika anda tergolong dalam kategori ini, berhati-hati. Jangan biarkan kecenderungan anda tidak dapat dikawal. Berkongsi rezeki dan bersedekah sememangnya satu perkara yang murni dan dituntut oleh agama, tetapi biarlah sesuai dengan kemampuan dan keupayaan anda.