20% Pelajar Kolej Mengaku Menggunakan Pinjaman Pendidikan Untuk Pelaburan Cryptocurrency - Market Demon

Saturday, March 24, 2018

20% Pelajar Kolej Mengaku Menggunakan Pinjaman Pendidikan Untuk Pelaburan Cryptocurrency


Sekiranya anda fikir bahawa pinjaman pendidikan hanya untuk perbelanjaan belajar, maka fikirkan semula. Satu tinjauan baru-baru ini telah mendapati bahawa beberapa pelajar kolej menggunakan bantuan kewangan mereka untuk melabur dalam pasaran crypto.

Kos pendidikan bagi sesetengah orang sangat mahal, memilih bantuan kewangan adalah satu-satunya cara untuk menampung yuran, sewa, buku teks dan pelbagai lagi. Walau bagaimanapun, menurut The Globe Boston, sesetengah pelajar tidak menggunakan pinjaman pendidikan untuk perbelanjaan kolej.

Pollfish, sebuah platform pengundian dalam talian menjalankan tinjauan dan menurut The Student Loan Report, 200 daripada 1,000 pelajar menyatakan bahawa mereka telah menggunakan sebahagian dari pinjaman pendidikan mereka untuk melabur dalam cryptocurrency.


Pengasas The Student Loan Report, Drew Cloud, mengatakan :

Orang muda pastinya lebih bersemangat dengan cryptocurrency, mereka adalah pelabur yang paling aktif. Walau bagaimanapun, saya fikir peratusan itu akan lebih rendah. Sebagai pelajar kolej, bajet anda nipis dan wang tambahan sepatutnya digunakan untuk sewa, barangan runcit atau buku.

Kemungkinan Melanggar Peraturan
Walaupun pelajar-pelajar ini mungkin melihat masa depan yang cerah dalam mata wang digital, mereka mungkin telah melanggar peraturan. Menurut CNBC, Elyssa Kirkham, yang bekerja untuk Student Loan Hero :

Pelaburan bukan perbelanjaan pendidikan, jadi ia melanggar peraturan apabila menggunakan wang pinjaman pendidikan untuk membeli mata wang crypto.

Jurucakap US Department of Education berkata :

Dana bantuan pelajar persekutuan hanya akan digunakan untuk membantu memenuhi kos kemasukan ke institusi pengajian tinggi. Pelaburan tidak dianggap sebagai penggunaan dana bantuan pelajar persekutuan.

Kebimbangan ini berkemungkinan besar berpunca daripada turun naik harga pasaran crypto yang kritikal. Permulaan tahun lepas melihat dagangan Bitcoin berada pada paras sekitar $1,000, manakala pada Disember 2017 menyaksikan ia mencapai ketinggian $20,000.

ICOs juga berada di tajuk utama media sepanjang tahun lepas dengan syarikat start-ups mengumpul berjuta-juta dolar dalam masa yang singkat. Malah, terdapat ICOs yang berjaya mengumpul sebanyak $36 juta hanya dalam masa satu minit.

Walaupun ICOs boleh memberikan pulangan yang lumayan, tetapi menurut Vitalik Buterin, pengasas Ethereum, 90% ICOs yang ada sekarang adalah fraud. ICOs tidak dapat memberi jaminan bahawa pelajar-pelajar ini akan mendapat pulangan dari pelaburan mereka. Sekiranya pelaburan itu gagal, mereka masih berhutang dan di manakah mereka akan mendapat wang untuk menampung kos kuliah?