Bagaimana Mengira Keuntungan Hasil Daripada Perlombongan (Mining)? - Market Demon

Saturday, March 24, 2018

Bagaimana Mengira Keuntungan Hasil Daripada Perlombongan (Mining)?

Anda sudah cuba amalkan tips melombong yang kami berikan? Jika sudah, mari kita kira berapa keuntungan anda telah perolehi dan apa kaedah lain untuk anda mengaut keuntungan melalui perlombongan ini. 

Cara paling mudah untuk mengira keuntungan perlombongan adalah dengan kalkulator perlombongan. Kalkulator perlombongan yang baik sepatutnya mempunyai keupayaan untuk memasukkan kadar kuasa, penggunaan kuasa, kadar hash, kenaikan kesukaran, harga perkakasan, dan harga Bitcoin. 

Berikut adalah beberapa kalkulator yang anda boleh gunakan. 







2. coinwarz 





Satu lagi cara mudah untuk mengira jika perlombongan itu menguntungkan adalah bertanya satu soalan mudah iaitu “Dengan amaun RMX untuk pembelian perkakasan melombong, berapa banyak anda boleh membeli Y BTC?”. Anda perlu mengambil kira kos pembelian perkakasan melombong dan menilai sendiri sama ada anda mampu mengaut keuntungan yang besar. 

Cara lain anda boleh mengira keuntungan adalah dengan mengambil kira nilai perkakasan melombong sekiranya anda perlu menjual semula. Jika anda boleh menjual semula perkakasan melombong pada nilai yang tinggi, anda hanya perlu membuat hasil separuh daripada perlombongan dan separuh lagi adalah hasil penjualan semula. 

Kaedah terakhir membuat keuntungan daripada perlombongan adalah menyewa perkakasan melombong kepada orang lain. Sebenarnya, ramai orang sanggup menyewa perkakasan perlombongan tersebut kerana mereka tidak perlu membayar elektrik, jadi mudahlah untuk anda membuat keuntungan daripada sini. 🦋