Menjelang akhir tahun 2017, Bitcoin mencapai harga tertinggi (ATH) sepanjang masa, $20,089. Pada masa itu, keseluruhan pasaran crypto sangat panas kerana jumlah capitalization mencapai puncak sekitar $820 bilion pada awal Januari 2018, menurut Coinmarketcap.
Jika dilihat semula, ketika cryptocurrency seperti Bitconnect (shitcoin) telah mencapai harga lebih dari $400, traders yang bijak sedar sudah tiba masanya untuk pasaran melakukan massive correction (penurunan besar-besaran).
10 Altcoin Terbaik
Apabila harga Bitcoin menjunam, kebanyakan altcoin ikut jatuh dengan lebih cepat. Melihat kepada top 50 cryptocurrency berdasarkan market cap, berikut merupakan, 10 altcoin yang menonjol (agak baik) semasa fasa bear market :
- DigixDAO (-41.19%)
- Bytom (-51.61%)
- Litecoin (-57.72%)
- Aeternity (-58.06)
- Monero (-58.06%)
- Binance Coin (-60.72%)
- Decred (-61.22%)
- Ethereum Classic (-61.40%)
- OmiseGo (-62.18%)
- Ethereum (-63.92%)
Hanya DigixDAO, Bytom, dan Litecoin bernasib baik sedikit berbanding Bitcoin. Ketahanan relatif altcoin ini boleh dikaitkan dengan fundamental mereka yang lebih kukuh berbanding altcoin yang lain.
Sementara itu, cryptocurrency lain seperti Monero, Ethereum, termasuk Litecoin merupakan kegemaran ramai dalam industri ini dengan jumlah komuniti dan sokongan dalam talian yang terus berkembang maju, itu sudah cukup untuk menyediakan asas yang lebih kuat untuk long-term investors dan hodlers.
10 Altcoin Terburuk
Berikut merupakan senarai cryptocurrency utama yang paling teruk terjejas akibat bear market (tidak termasuk Bitconnect dan shitcoin yang lain) :
- ZCash (-96.07%)
- Bitcoin Gold (-89%)
- Ardor (-88.95%)
- Siacoin (-88.82%)
- Verge (-88.36%)
- TRON (-88.14%)
- NEM (-86.74)
- Cardano (-85.73%)
- Bytecoin (-85.65%)
- Hshare (-85.10)
Menariknya, Zcash, cryptocurrency yang menumpukan pada privasi dan anonymity telah mengalami kerugian terbesar, tidak seperti pesaingnya iaitu Monero (kedua-dua crypto ini dalam kategori yang sama). Nampaknya pelabur tidak sedar dengan Zcash meskipun ia memiliki dana pelaburan Barry Sillbert dan beberapa nama besar termasuk Edward Snowden.
Kebanyakan cryptocurrency yang lain termasuk yang berada dalam senarai di atas agak baru dalam industri ini, sebagai contoh Cardano yang baru dilancarkan pada Oktober 2017. Ini dapat menjelaskan kejatuhan yang berlaku akibat sokongan komuniti yang sedikit.
Akhir sekali, Tron yang memanfaatkan kemahiran pemasaran mereka, berjaya disenaraikan dalam exchange utama, berjaya mendapatkan beberapa kerjasama perniagaan, berbanding mempamerkan hasil kerja sebenar, dengan fundamental yang lemah ia cuma menjadi bahan pump & dump.