Hackers atau penggodam adalah terma yang mula digunakan pada tahun 1960-an menunjukkan seseorang itu sebagai pengaturcara “programmer” atau seseorang yang menggodam kod komputer. 1981, “Captain Zap” atau nama sebenarnya Ian Murphy menjadi individu
pertama didapati bersalah dengan kesalahan menggodam. Beliau menggodam AT&T
Computer Network dan mengubahsuai kadar pengebilan, menukar waktu dalaman
komputer supaya bil yang dikenakan lebih murah.
Terdapat
tiga jenis penggodam.
- Penggodam “Topi Putih” - menceroboh sistem komputer bagi mempertingkat sekuriti sistem.
- Penggodam “Topi Kelabu” - menggodam komputer sekadar untuk seronok-seronok.
- Penggodam “Topi Hitam” - penjenayah siber yang menggodam dengan tujuan jahat.
Salah satu isu penting di dunia internet adalah isu keselamatan siber. Di bawah saya sertakan beberapa senarai sejarah ringkas penggodaman cryptocurrency :
Individu Kehilangan 25,000 Bitcoin
Pada awal
2011, perlombongan bitcoin adalah lebih mudah. Anda mampu menjana beribu-ribu
bitcoin dengan hanya menggunakan PC konvensional di rumah. Allinvain mendakwa,
mengumpul kekayaan 25,000 Bitcoin. Ini bermaksud ia bernilai sekitar $500,000
pada tahun 2011.
Pada 13 Jun 2011, sebaik sahaja Allinvain bangun dari tidur, sebahagian besar dari Bitcoin miliknya telah hilang dan beliau percaya bahawa seseorang telah memindahkan Bitcoin dari “hard drive” beliau ke akaun yang dikawal oleh penggodam.
Pada 13 Jun 2011, sebaik sahaja Allinvain bangun dari tidur, sebahagian besar dari Bitcoin miliknya telah hilang dan beliau percaya bahawa seseorang telah memindahkan Bitcoin dari “hard drive” beliau ke akaun yang dikawal oleh penggodam.
Perkhidmatan
Wallet Mybitcoins Hilang Dari Web
Ogos 2011, “MyBitcoin” satu perkhidmatan wallet yang masyhur dalam dunia Cryptocurrency satu ketika dulu,
telah hilang dari laman webnya. Mereka mendakwa laman web mereka telah
digodam. Kurangnya peraturan yang meyakinkan ketika itu, tidak ada cara untuk
pengguna mengesahkan bahawa perkhidmatan wallet boleh dipercayai.
Linode
Digodam
Mac 2012, syarikat
“cloud server” yang terletak di New
Jersey kerugian 46,703 Bitcoin yang telah digodam dari server Linode termasuklah 43,000 dari Bitcoinica exchange.
Bitfloor Digodam
September
2012, peneraju US Bitcoin exchange -
Bitfloor digodam dan kehilangan 24,000 Bitcoin. Syarikat menerangkan terdapat
kesilapan data di dalam “hot wallet”
menyebabkan punca mereka menjadi sasaran penggodam.
Mt. Gox Digodam & Bankrup
Februari 2014, laman
Web Mt. Gox hilang dan pengguna tidak dapat mengakses ke akaun mereka. Hampir
650,000 Bitcoin lesap. 28 Februari 2014, Mt. Gox isytihar bankrup.
Bitstamp Digodam
Januari 2015, kurang
setahun selepas penggodaman Mt Gox, Bitstamp pula menjadi mangsa. Sebanyak 19,000 Bitcoin
bernilai kira-kira USD 5.1 juta ketika itu ghaib begitu sahaja. Siasatan mendapati seorang
pentadbir sistem Bitstamp telah terpedaya dengan “phishing scam.”
Steemit Digodam
Julai 2016, media
sosial berasaskan blockchain diserang dan 260 Steemit akaun terkesan. Steem dan Steem
Dollar bernilai USD 85,000 mengalir keluar dari akaun pengguna.
CoinDash Digodam
Julai 2017 penggodam memanipulasi alamat yang disiarkan di laman web CoinDash yang
menyatakan untuk pertukaran ICO, Ether ke CoinDash. Penggodam mencuri Ether
yang bernilai USD7mil.
Bitfinex Digodam
Ogos 2017, USD 72 juta digodam dari Bitfinex. Dilaporkan penggodam mengeksploitasi kelemahan sistem wallet multi-signature platform exchanger itu.
Veritaseum Digodam
Julai
2017, 2 bulan selepas penerbitan ICO, penggodam berjaya mengakses wallet Veritaseum
dan mencuri sebanyak USD 8 juta, nilai coin tersebut.
Veritaseum adalah cryptocurrency yang direka untuk membina perisian modal
pasaran dagangan desentralisasi.
Penggodaman Enigma
Ogos 2017, sebelum
pelancaran ICO Enigma, penggodam menggunakan email CEO Enigma iaitu Guy Zyskind
untuk memasuki laman web cryptocurrency dan menghantar mesej kepada pelanggan
untuk pembiayaan. Penggodam berjaya mengumpul USD 500,000 nilai Ether.
Penggodaman
Tether
November 2017, syarikat itu mencatatkan pada laman webnya bahawa USD 30.9 juta dalam token telah
dicuri melalui serangan berniat jahat. Tether mengatakan mereka cuba untuk
mendapatkan semula aset yang dicuri sebelum mereka boleh memasuki pasaran
cryptocurrency yang lebih luas.
Coincheck Digodam
Januari 2018, Coincheck,
sebuah platform exchange berpusat di Jepun,
berada di bawah pemerhatian kerajaan selepas mereka mendakwa penggodam telah mencuri USD 530 juta daripada penggunanya. Ini merupakan siri godaman terbesar yang pernah
berlaku.
Binance Digodam
Mac 2018, pengguna membuat laporan mengatakan bahawa terdapat penjualan altcoin tanpa tindakan dan keizinan mereka. Binance kemudian mengeluarkan kenyataan rasmi menawarkan USD 250,000 kepada pemberi maklumat yang membawa kepada penangkapan penggodam tersebut.
Lihat sahaja selang masa penggodaman terjadi. Adakah anda rasa takut melibatkan diri dalam
cryptocurrency? Satu penggodaman atau dua, atau sepuluh penggodaman sekalipun tidak menghentikan atau mematikan dunia cryptocurrency. Sekiranya anda menunggu suatu masa sehingga terciptanya satu teknologi yang menjamin tiada penggodaman (di mana saat ini mungkin tidak wujud) baru anda mahu menjinakkan diri di dalam cryprocurrency, adakah nilai ketika itu sama dengan nilai sekarang?