PANDUAN RINGKAS : ICO vs IPO
Pernahkah anda mendengar
mengenai Initial Coin Offering (ICO)? Atau sebarang pelawaan dari kenalan mengenai peluang memiliki
matawang digital baru yang berkemungkinan besar akan menjadi matawang digital
terkenal yang lain seperti Bitcoin, Ethereum, Ripple, Litecoin dll. Persoalannya
bagaimanakah anda menilai dan mengetahui potensi sesuatu maatawang digital
tersebut pada masa hadapan. Dalam artikel ini saya akan menjelaskan sedikit sebanyak
mengenai ICO dan IPO? Apa persamaan dan perbezaan kedua-duanya?
APA ITU ICO?
Initial Coin Offering (ICO) bermaksud penawaran syiling permulaan juga dikenali
sebagai crowdsale. ICO adalah kaedah pengumpulan
dana dan pembiayaan bagi sesuatu projek matawang digital baru yang mana para pelaburnya
berkeyakinan bahawa projek tersebut mempunyai potensi besar untuk ke pasaran global. Kebiasaannya,
bilangan peratus token yang dijual kepada pelabur berpotensi dan yang disimpan
pihak syarikat adalah berbeza antara setiap ICO. Mereka yang membeli token ini
dikenali sebagai pelabur sama ada persendirian atau syarikat dan syarat adalah berbeza bagi setiap ICO. Ini membolehkan pelabur sama ada berskala besar
atau kecil membiayai projek yang mereka lihat mempunyai potensi sebelum
disenaraikan ke dalam mana-mana pasaran cryptocurrency. Harga token pada
peringkat ICO yang lebih rendah sebelum dilancarkan di pasaran terbuka
dikenali sebagai pre-sale.
Rajah 1 : Roadmap ICO
Adakah membeli ICO menguntungkan?
Projek pertama yang pernah
melancarkan ICO ialah Mastercoin. Ia berjaya mengumpul sebanyak $5 juta Bitcoins pada tahun
2013. Antara syarikat lain yang menyusul selepas itu adalah seperti Ethereum
pada tahun 2014, atau Waves pada tahun 2016, dengan jumlah kutipan
masing-masing mencecah melebihi daripada $18 juta dan $16 juta.
ICO adalah antara cara berkesan tetapi
berisiko tinggi bagi pelabur yang mana platform ini digunakan untuk memulakan projek crypto,
dengan syarat crypto tersebut mempunyai permintaan dari kalangan pelabur yang
berkeyakinan dan kumpulan pemaju yang baik.
Nilai kutipan tertinggi yang
pernah dikutip melalui projek ICO ialah Tezos, dengan rekod berjumlah $ 232
juta kurang dari sebulan pelancaran! Namun begitu ada juga projek ICO yang
indah khabar dari rupa contohnya seperti Mycelium ICO. Pihak pemaju hilang
selepas dana pelabur berjaya dikumpul dan hasil laporan siasatan mendapati para
pemaju menggunakan dana yang terkumpul untuk membiayai percutian peribadi
masing-masing. Antara kes kecurian lain yang banyak melibatkan projek-projek
ICO ialah melibatkan projek ICO CoinDash yang mana website mereka telah digodam dan alamat wallet telah ditukar ke alamat penggodam. Kehilangan dana
dianggarkan lebih kurang $7 juta.
APA ITU IPO?
IPO dalam Bahasa Inggeris adalah Initial Public Offering atau nama lain dalam Bahasa Melayu adalah Saham Terbitan Awam. IPO juga adalah merupakan salah satu peluang
pelaburan yang ada di Malaysia. Jika ikut track record, 80% IPO memberikan
keuntungan kepada pelabur.
Initial Public Offering (IPO) adalah terbitan syer/saham baru
yang dikeluarkan oleh syarikat tertentu untuk dijual kepada pelabur awam pada harga tawaran yang dipersetujui Jawatankuasa Terbitan Modal (CIC). Tujuan syer baru ini diwujudkan adalah untuk mendapatkan pembiayaan tambahan bagi membayar hutang, menambah modal kerja atau menampung pembiayaan bagi projek pelaburan syarikat serta bagi yang bercadang menyenaraikan syer syarikatnya di Bursa Malaysia.
Sebagai contoh syarikat Roti Abu ingin menyenaraikan sahamnya di Bursa Malaysia. Oleh itu, langkah pertamanya adalah melalui IPO. Secara ringkas, setelah harga dipersetujui, saham syarikat Abu dijual pada awalnya dengan harga RM1.50. Unit yang dijual di IPO adalah terhad dan pelabur awam yang berminat untunk membeli perlu terlebih dahulu membuat permohonan awal.
Sebagai contoh syarikat Roti Abu ingin menyenaraikan sahamnya di Bursa Malaysia. Oleh itu, langkah pertamanya adalah melalui IPO. Secara ringkas, setelah harga dipersetujui, saham syarikat Abu dijual pada awalnya dengan harga RM1.50. Unit yang dijual di IPO adalah terhad dan pelabur awam yang berminat untunk membeli perlu terlebih dahulu membuat permohonan awal.
Adakah membeli IPO menguntungkan?
Secara asasnya apabila melibatkan sebarang pelaburan kita boleh katakan tiada
pelaburan yang bebas daripada risiko, begitu juga kesnya untuk IPO. Sama ada ianya menguntungkan atau sebaliknya mari kita tengok track record IPO untuk tahun 2016 di Malaysia. 11 daripada 12 IPO pada 2016 memberikan untung dalam masa
sehari pada tahun 2016.
Gambar : MajalahLabur
Bagi rujukan senarai IPO yang ada di Malaysia anda boleh merujuk website ini Bursa Malaysia. Walaupun IPO secara literalnya lebih berisiko rendah jika anda ingin membeli IPO sesuatu syarikat,
anda perlulah membuat sedikit research syarikat tersebut terlebih dahulu. Ini penting sebagai seorang pelabur untuk mengetahui secara terperinci berkenaan pelaburan anda dan kiraan risiko yang lebih baik. pen ting untuk anda tahu latar belakang syarikat, prospektus mereka, segala dokumen legal dan lain-lain.
Sekiranya anda berminat untuk membeli dan memohon untuk IPO anda boleh memohon melalui 2 cara di bawah :
Hanya mereka yang mempunyai akaun CDS sahaja yang layak memohon dan membeli IPO.
- Boleh apply melalui MITI
- Apply melalui CimbClicks atau Maybank2u.
Hanya mereka yang mempunyai akaun CDS sahaja yang layak memohon dan membeli IPO.
Bagaimanakah ICO berbeza dengan IPO?
Perbezaan paling penting antara ICO dan IPO ialah IPO dikawal oleh kerajaan manakala ICO lebih bersifat bebas. IPO memerlukan syarikat yang mengambil bahagian untuk menyediakan kertas kerja yang
banyak sebelum membolehkan sahamnya di jual dalam IPO. Ini kerana sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan yang melanggar perjanjian yang telah diberikan kepada pelabur kemungkinan tindakan akan di kenakan dan di ambil.
Sebaliknya, crowdfunding cryptocurrency atau ICO adalah konsep yang agak baru diperkenalkan, sebahagian besarnya tidak terikat dengan mana-mana peraturan kerajaan. Ini bermakna mana-mana projek atau syarikat boleh melancarkan ICO pada bila-bila masa dengan sedikit penyediaan kertas kerja,whitepaper dan sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian di dalamnya dan menyumbangkan wang mereka, tanpa mengambil kira sempadan negara. Konsep ini yang menjadikan ICO lebih berisiko tinggi dan banyak berlakunya penipuan berbanding IPO yang lebih konservatif.
Sebaliknya, crowdfunding cryptocurrency atau ICO adalah konsep yang agak baru diperkenalkan, sebahagian besarnya tidak terikat dengan mana-mana peraturan kerajaan. Ini bermakna mana-mana projek atau syarikat boleh melancarkan ICO pada bila-bila masa dengan sedikit penyediaan kertas kerja,whitepaper dan sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian di dalamnya dan menyumbangkan wang mereka, tanpa mengambil kira sempadan negara. Konsep ini yang menjadikan ICO lebih berisiko tinggi dan banyak berlakunya penipuan berbanding IPO yang lebih konservatif.
Penerangan gambar rajah ringkas perbezaan ICO vs IPO
P/s: credit input IPO dari penulis & penasihat kewangan bebas Mohd Kauthar