Permintaan emas berkurang tetapi
bekalan juga menurun
2017 adalah tahun yang mencabar bagi permintaan terhadap emas: ia
jatuh ke paras terendah sejak tahun 2009. Pelaburan dan bank pusat
menyumbang sebahagian besar kepada penurunan permintaan.
Terdapat dua peningkatan positif dalam permintaan emas pada
tahun 2017; bank pusat dan industri teknologi. Walaupun permintaan bank pusat
menurun dari tahun sebelumnya, ia masih ketara. Menurut WGC, mereka bersedia untuk melihat
kedua-dua faktor ini meningkat pada tahun 2018 yang memberikan harga yang lebih baik
untuk harga emas.
Bank-bank pusat terus membeli
walaupun ketegangan meningkat antara Barat dan Timur
Tahun lepas merupakan tahun kelapan berturut-turut bank-bank
pusat menambah rizab emas mereka. Walaupun permintaan ini kelihatan tinggi,
tetapi ia boleh meningkat lagi.
Beberapa minggu lepas tersebar berita bahawa
bank pusat Rusia menambah 18 tan lagi untuk simpanan emas mereka. Ini merupakan
peringatan bahawa pada tahun lalu bank pusat yang sama mengatakan mereka mengumpul emas untuk "mempertingkatkan keselamatan negara."
Bank-bank pusat yang banyak membeli emas pada 2017 ialah
Rusia, Turki dan Kazakhstan. China, Rusia, Iran dan yang terbaru Turki
tidak berahsia tentang keinginan mereka untuk beroperasi di luar mekanisme kawalan
kewangan. China adalah yang paling penting dalam hal ini tetapi
setiap negara ini secara aktif menggalakkan pemilikan emas swasta dan
nasional, untuk mengurangkan pergantungan dan terdedah kepada US Dollar.
WGC telah menekankan rekod belian emas yang luar biasa di
China yang meningkat sekali lagi pada 2017 ke tahap kedua tertinggi.
Permintaan Jongkong dan Syiling Emas Di China Pada 2017 Adalah Kedua Tertinggi
Tan
Sumber: GFMS,
Thompson Reuters: Metal Focus; World Gold Council
Perubahan geopolitik dilihat sebagai faktor kepada harga
emas 2018. WGC memberi perhatian khusus kepada pergolakan antara Korea
Utara dan Amerika Syarikat. Selain menimbangkan beberapa faktor termasuk ketidakstabilan
'besar' di Timur Tengah dan ketegangan politik yang semakin
meningkat.
Hint : Peningkatan permintaan terhadap safe haven.
Hint : Peningkatan permintaan terhadap safe haven.
Jumlah emas yang digunakan dalam
teknologi meningkat sejak tahun 2010
Perubahan
tahunan %
Sumber:
GFMS, Thompson Reuters: Metal Focus; World Gold Council
Pada tahun 2017 permintaan emas dalam teknologi meningkat
buat kali pertama sejak 2010. WGC menjangka ini menjadi trend yang berterusan
kerana kedua-dua sektor separuh konduktor dan teknologi berasaskan nanopartikel
emas berkembang popular.
Kembali ke Asas: Bekalan dan
Permintaan
WGC melihat untuk menyelaraskan pertumbuhan ekonomi global,
dasar monetari, asset price dan market transparency serta akses termasuk
permintaan emas Syariah untuk memacu pasaran emas ke 2018.
Bekalan dan permintaan menjadi kunci kepada harga emas
dalam jangka masa panjang. Asas-asas fundamental emas, terutamanya di sisi penawaran bakal membantu untuk mendasari kenaikan emas ke paras $ 10,000.
-64% penurunan
dalam permintaan barang kemas di AS, Jepun dan Eropah Barat sejak
1987.
239% peningkatan dalam
permintaan tahunan pelaburan global sejak 1987.
304% peningkatan dalam
permintaan tahunan emas di India sejak 1987.
2500% peningkatan dalam
permintaan tahunan emas di China sejak 1987.
Kebanyakan penganalisis pula memberi tumpuan pada permintaan pasaran emas namun bekalan juga sama pentingnya. Mengikut laporan terbaru dari WGC, jumlah bekalan (pada 2017) turun 4% berbanding 2016. Penurunan aktiviti recycling dan hedging bagi mengimbangi kenaikan sederhana dalam perlombongan.
Perlombongan emas pula menjadi semakin mahal dan tiada penemuan besar dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Bagaimanakah hal ini akan berlaku dalam jangka masa panjang apabila permintaan emas meningkat secara purata sebanyak 18% setahun berdasarkan beberapa tahun lalu?
Rancangan besar Elon Musk untuk melombong di angkasa
mendapat banyak perhatian media. Walhal, perlombongan emas
di asteroid atau di Marikh adalah berita palsu. Tidak ada ancaman sebenar di
pasaran emas ketika ini. Sesungguhnya, tanggapan perlombongan di planet lain
adalah berita karut yang menggelikan. Ia tidak boleh dilaksanakan hari ini dan jika ia
menjadi kenyataan, kos bagi setiap auns "emas angkasa" atau
"emas asteroid" akan bernilai beratus-ratus ribu dolar atau juta
dolar per auns.