Tidak dapat dinafikan, konsep Support & Resistance (SNR) adalah teknik yang paling kerap dibincangkan dalam analisis teknikal dan ia sering dianggap sebagai subjek yang kompleks oleh mereka yang baru belajar untuk berdagang.
SNR digunakan oleh trader untuk merujuk kepada tahap harga pada chart yang cenderung bertindak sebagai rintangan atau penghalang daripada harga ditolak ke arah tertentu.
Pada dasarnya, penjelasan dan idea disebalik konsep ini kelihatan mudah, tetapi seperti yang anda ketahui, SNR boleh datang dalam pelbagai bentuk dan sangat subjektif. Ia juga berpotensi menjadi "self-fulfilling prophecy."
Asas Resistance Level
Trader berpengalaman akan dapat mengenalpasti maklumat disebalik tahap harga tertentu yang cenderung untuk menghalang harga dari terus bergerak ke arah tertentu.
Sebagai contoh, anda telah membeli XRP/USD pada 5 Februari 2018. Harga ketika itu di paras $0.66 dan anda mengharapkan harga akan terus naik. Katakan, anda telah sedar bahawa harga gagal melepasi paras $1.18. Dalam kes ini, paras harga berhampiran $1.18 adalah resistance level. Seperti yang anda dapat lihat dalam chart di bawah, resistance level juga dianggap sebagai siling kerana pada paras harga ini pasaran gagal untuk terus naik.
Asas Support Level
Di sisi yang lain, kita mempunyai tahap harga yang dikenali sebagai support level. Istilah ini merujuk kepada harga pada chart yang cenderung bertindak sebagai lantai dengan menghalang pasaran dari terus jatuh ke bawah. Seperti yang anda dapat lihat dalam chart di bawah, keupayaan untuk mengenal pasti support level juga boleh menjadi good buying opportunity kerana secara amnya ia adalah kawasan di mana pemain pasaran melihat nilai yang baik dan mula mendorong harga lebih tinggi.
Kekuatan SNR level diukur dengan mengira berapa kali market menguji area tersebut. Lebih kerap ia diuji, maka paras harga itu dianggap sangat kuat.
SNR secara umumnya digunakan :
- Sebagai buying atau selling area.
- Sebagai stop loss area.
- Sebagai profit-taking area.
Peringatan : Support & Resistance bukan stand alone technique