Filem Koyaanisqatsi adalah sebuah filem eksperimental Amerika Syarikat yang diterbitkan pada tahun 1982. Koyaanisqatsi bermaksud "kehidupan tidak seimbang" berasal dari bahasa Hopi, suku asli Amerika yang hidup di wilayah timur laut Arizona. Menariknya, filem yang diarahkan oleh Godfrey Reggio ini tidak mempunyai pelakon, begitu juga dengan dialog. Muzik mendasari filem yang menunjukkan perbezaan keindahan alam dan pencemaran hasil tangan manusia.
Oleh kerana Koyaanisqatsi mendapat sambutan yang baik, Reggio menerbitkan dua lagi sequel untuk filem ini, Powaqqatsi (1988) yang bermaksud "cara hidup parasit" dan Naqoyqatsi (2002) yang bermaksud "kehidupan membunuh antara satu sama lain."
Kenapa Market Demon berkongsi artikel sebegini? Adakah Market Demon sudah bertukar niche? Apa kaitannya dengan dunia kewangan dan pasaran? Ada sebabnya. Koyaanosqatsi adalah istilah yang sesuai untuk menggambarkan bukan sahaja dunia kita secara umum, malah keadaan ekonomi kita. Keadaan ekonomi yang tidak seimbang.
Ekonomi tidak akan berfungsi dengan baik jika kekayaan diagih secara tidak seimbang. Orang kaya semakin kaya, sementara golongan pertengahan semakin ramai jatuh ke kelas miskin, dan golongan miskin semakin bertambah. Sampai satu tahap, ekonomi akan mula mati. Situasi ini pernah terjadi pada tahun 1930-an, di mana selepas era kemakmuran (1920-an), ramai golongan pertengahan dijerut hutang dan jatuh ke lembah kemiskinan.
Untuk ekonomi berfungsi, ia memerlukan wang yang sentiasa mengalir dalam pasaran. Sekiranya semua wang hanya tertumpu pada satu kawasan yang kecil (kelompok kaya), ekonomi akan pegun.
Ekonomi sesebuah negara berada dalam keadaan bahaya sekiranya aktiviti jual beli berkurang kerana ia menyebabkan berlaku penurunan dalam pengeluaran, harga, pendapatan dan peluang pekerjaan akan turut terjejas. Dalam situasi ini, ianya dipanggil kemelesetan ekonomi. Semasa kemelesetan ekonomi, kadar pengangguran akan meningkat dan sekaligus membawa kepada peningkatan kadar jenayah.
Golongan kaya tidak dapat berbelanja dengan cukup untuk memastikan ekonomi terus berjalan. Mereka boleh membeli stok, bond dan hartanah tetapi mereka tidak boleh membeli semua barangan runcit dan pakaian yang tidak mampu dibeli oleh kelas menengah dan kelas bawahan.
Saat sesetengah orang membuncitkan perut dengan mengaut kekayaan dengan rakus dan tamak, dalam tidak sedar mereka membunuh ekonomi mereka sendiri. Dan mereka tidak akan pernah menyedarinya. Media dimiliki oleh orang kaya, mendukung apa sahaja yang akan menjadikan mereka lebih kaya.
Golongan kaya tidak dapat berbelanja dengan cukup untuk memastikan ekonomi terus berjalan. Mereka boleh membeli stok, bond dan hartanah tetapi mereka tidak boleh membeli semua barangan runcit dan pakaian yang tidak mampu dibeli oleh kelas menengah dan kelas bawahan.
Saat sesetengah orang membuncitkan perut dengan mengaut kekayaan dengan rakus dan tamak, dalam tidak sedar mereka membunuh ekonomi mereka sendiri. Dan mereka tidak akan pernah menyedarinya. Media dimiliki oleh orang kaya, mendukung apa sahaja yang akan menjadikan mereka lebih kaya.
Filem Koyaanisqatsi tidak mempunyai penghujung yang membahagiakan. Begitu juga dengan ekonomi kita, tidak akan berakhir dengan baik. Para protagonis tidak faham apa yang membuatkan ekonomi terus berjalan. Dan jika diberi pilihan, sudah tentu mereka tidak mahu faham kerana mereka fikir ia akan menjadikan mereka kurang kaya.
Jika anda seseorang yang suka memerhati dan berfikir, alam sekeliling akan menjadi guru yang paling baik. Kenapa?
Perhatikan alam semesta, terdapat berbilion bintang dan galaksi. Setiap galaksi terdiri dari hampir 300 bilion bintang. Semua objek yang berada di langit tidak pegun dan sentiasa bergerak mengikut hukum yang ditetapkan Ilahi. Kepantasan objek di alam semesta berada di luar imaginasi manusia.
Bintang-bintang dan planet-planet, semuanya beredar di orbit masing-masing di ruang angkasa dengan kelajuan yang luar biasa. Terdapat keseimbangan yang menyusun rapi seluruh alam. Jika keseimbangan ini hilang, keteraturan alam akan musnah. Sedikit sahaja pergeseran yang berlaku di langit akan membawa akibat yang sangat serius. Sama halnya dalam kehidupan harian manusia, perlukan keseimbangan dan kesederhanaan. Begitu juga dalam sistem ekonomi.