Pengajaran Dari Sir Isaac Newton & Jesse Livermore - Market Demon

Monday, March 5, 2018

Pengajaran Dari Sir Isaac Newton & Jesse Livermore



Pada penghujung musim bunga 1720, Sir Isaac Newton memutuskan untuk menjual sahamnya. Newton telah menjadi pelabur di South Sea Company, sebuah syarikat yang terkenal yang memonopoli perdagangan di Amerika Selatan.

Dari pelaburan itu, Newton telah mengaut keuntungan melebihi 100% dalam masa yang singkat. Malah, para pelabur berpusu-pusu untuk membeli saham South Sea Company. Disebabkan permintaan terhadap saham itu meningkat, ini membuatkan harga saham semakin tinggi.

Newton merasakan bahawa pasaran semakin panas. Ia tidak lagi masuk akal kepadanya. Jadi dia menjualnya. Walau bagaimanapun, terdapat satu masalah. Harga saham South Sea Company bagaikan dilupakan graviti, terus meningkat dan terus meningkat. Situasi seperti ini sangat bahaya.

Semua kenalan Newton semakin kaya. Disebabkan keadaan pasaran yang begitu menggiurkan, Newton kembali lagi, membeli semula saham South Sea Company. Pada masa itu harga sudah melambung tinggi, 3 kali ganda dari harga asalnya. Price bubble sampai ke titik maksima dan pasaran akhirnya menjunam jatuh. Newton kehilangan semua simpanannya dan keuntungan yang dia perolehi sebelum ini.

Selepas peristiwa itu, Newton berkata,

Saya boleh mengira pergerakan bintang, tetapi tidak kegilaan orang ramai.

Sekarang, sudah sepuluh tahun sejak krisis kewangan global (Sub Prima) terjadi. Sejak hari itu, kita telah menyaksikan rangsangan monetari yang tidak pernah berlaku sebelum ini, bank pusat telah menambah bekalan wang ke dalam pasaran. Kesan dari itu, terjadinya bubble yang besar dalam asset price di seluruh dunia.

Saham berada pada paras tertinggi sepanjang masa. Bon pada tahap tertinggi sepanjang masa. Harga hartanah berada pada paras tertinggi sepanjang masa. Banyak aset alternatif seperti ekuiti berada pada tahap tertinggi sepanjang masa.

Hampir setiap metrik objektif menunjukkan pasaran kini sangat mahal (overpriced). Anda perlu tahu setiap perkara ada batasnya. Seperti mana hukum alam, habis gelap terbitlah terang. Siang akan berganti malam. Begitu juga dengan pasaran. Setiap kenaikan, pastikan akan terdapat penurunan.

Pasaran sudah overvalue, adakah masuk akal untuk masuk (buy) ke dalam pasaran ketika harga sudah mahal? Letakkan diri di posisi seorang peniaga. Untuk membuat keuntungan, anda perlu membeli pada harga borong dan menjual pada harga runcit. Jadikan apa yang berlaku pada Sir Isaac Newton sebagai pengajaran.

Untuk membuat keuntungan dalam pasaran, anda perlu sentiasa mencari pasaran yang sedang undervalued. Walau bagaimanapun, bukan semua pasaran undervalued menjanjikan keuntungan. Di sini, anda memerlukan kemahiran analisis. Anda boleh menggunakan fundamental analisis untuk membuat penilaian, sejauh mana sesuatu pasaran itu boleh pergi. Selain itu, pelaburan memerlukan kesabaran. Jangan beli pada hari ini dan mengharapkan esok anda akan terus membuat keuntungan.



Jesse Livermore

Trader lagenda, Jesse Livermore bukan calang-calang individu. Dilahirkan pada tahun 1877, Livermore melarikan diri dari rumah ketika masih kecil dan mula terlibat dalam dagangan saham.

Ketika berusia 20 tahun, beliau telah mula mengumpul kekayaan mencecah 3 juta USD. Pada hari ini nilai 3 juta USD bersamaan 75 juta USD. Antara pendekatan yang digunakan Livermore :


  1. Pattern Recognition
  2. Deep thinking


Sepanjang tempoh bergelar pemain pasaran, Livermore berkali-kali melakukan kesilapan dan mengalami kerugian tetapi beliau berjaya bangkit semula. Pertaruhan Livermore sangat menguntungkan, dia memperoleh keuntungan melebihi 100 juta USD (1.4 bilion USD pada hari ini) sehinggalah The Great Depression meletus. Dia kehilangan segala-galanya. Livermore mengakhiri hayatnya dengan membunuh diri.

Bagaimana seorang yang dianggap hebat pada zaman itu seperti Jesse Livermore jatuh ke dalam perangkap pasaran? Adakah sistem dan peraturan dagangan yang digunakan beliau tidak cukup hebat? Jawapannya bukan kerana kelemahan sistem dan peraturan yang digunakan Livermore. Tapi disebabkan keadaan mentalnya. Depression.

Pengajaran paling penting yang boleh diambil dari Livermore adalah pentingnya kesabaran, disiplin dan kekuatan emosi.