10 Panduan Untuk Menjadi Pelabur Berjaya - Market Demon

Wednesday, March 28, 2018

10 Panduan Untuk Menjadi Pelabur Berjaya


Kebanyakan pelabur yang baru menceburi bidang pelaburan tidak begitu mementingkan nasihat seperti mengikuti strategi yang mereka rancang dan sentiasa pastikan kerugian minima. Kepada pelabur baru ini mungkin hanya nasihat biasa yang mereka sering dengar dan tidak lebih dari sekadar memperlahankan mereka melakukan perkara yang mereka nampak. Kebanyakan pelabur baru ingin membuat keuntungan cepat di dalam pasaran dan tidak mengendahkan perkara lain.

Untuk berjaya di dalam pelaburan, seseorang perlu menyedari kepentingan dan mematuhi sepasang set peraturan yang telah ditetapkan oleh diri sendiri. Set peraturan ini akan menyelamatkan seorang pelabur dari membuat keputusan yang akan dikesali.

Peraturan 1: Sentiasa Mempunyai Trading Plan

Contoh Trading Plan. Mudah di dapati di internet

Trading Plan adalah sebuah log book di mana setiap pelaburan anda direkodkan. Seorang pelabur perlu mencatat setiap urusan di dalam market meskipun ia mengambil sedikit masa. Dengan mempunyai Trading Journal pelabur dapat mengenalpasti kelebihan dan kelemahan diri masing masing seterusnya memperbaiki peratusan kemenangan.

Peraturan 2: Menganggap Pelaburan Satu Perniagaan

Untuk berjaya, pelaburan harus dianggap sebagai perniagaan atau kerjaya – bukan sekadar hobi atau suka-suka. Sekiranya pelabur menganggap pelaburan hanya sekadar hobi, ia akan menjejaskan proses penyesuaian dan pembelajaran di dalam market. Pelabur perlu ingat, anda berhadapan dengan institusi pelaburan besar dari seluruh dunia. Adalah mustahil untuk membuat keuntungan jangka masa panjang sekiranya tiada kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan. Meskipun pelaburan tidak seperti kerjaya “makan gaji” yang mempunyai slip gaji setiap bulan, pelabur mendapat hasil berdasarkan apa yang dilakukannya di dalam market.

Peraturan 3: Menggunakan Kelebihan Teknologi

Di dalam pelaburan anda perlu mempunyai daya saing yang tinggi. Penggunaan charting software dan service back test membolehkan pelabur mengkaji teknik dan sistem yang akan digunakan untuk menganalisis pasaran. Membuat back test ke atas pergerakan harga pasaran sebelumnya dapat menyelamatkan wang dan masa. Diingatkan juga supaya tidak menggunakan teknologi secara berlebihan dan mengamalkan konsep KISS (Keep It Super Simple).

Peraturan 4: Melindungi Modal Pelaburan

Sebelum melabur kita memerlukan sejumlah dana untuk dilaburkan ke dalam pasaran. Salah faham yang sering berlaku adalah mengganggap pelabur tidak boleh rugi. Kerugian adalah asam garam pelaburan dan tidak dapat dielakkan. Apa yang boleh dilakukan adalah mengurangkan risiko kerugian yang besar.

Peraturan 5: Menjadi Anak Murid Pasaran

Pasaran sentiasa berjalan dan memberikan pengalaman baru setiap masa. Pelabur perlu menyedari hal ini dan menganggap ia sebagai pembelajaran yang berterusan. Pasaran sentiasa berubah dan dengan mengkaji pasaran pelabur dapat mempersiapkan diri dengan cabaran yang mendatang. Anda boleh belajar dari seorang sifu namun pengetahuan itu tidak lebih dari sekadar teori. Pelabur perlu mempraktikkan apa yang telah dipelajari ke dalam pasaran supaya dapat melihat hasilnya. Memerhatikan bagaimana sesuatu peristiwa memberi kesan kepada pasaran seperti politik, ekonomi, malahan cuaca mempunyai kesan ke atas pasaran.

Peraturan 6: Hanya Risikokan Apa Yang Anda Sanggup Rugi

Sebelum memulakan pelaburan, pelabur perlu memastikan bahawa modal yang digunakan datangnya dari lebihan yang tidak digunakan atau mendatangkan kesan buruk sekiranya pelabur hilang kesemuanya. Ini adalah penting kerana dari segi psikologi kita sukar untuk membuat keputusan yang tepat sekiranya terikat dengan emosi. Modal yang digunakan untuk masa depan anak anak sebagai contoh, tidak boleh diusik sama sekali. Pelabur tidak boleh berfikir bahawa mereka sekadar “meminjam” wang tersebut dengan harapan untuk menggandakannya. Pelaburan adalah bersifat “high risk, high return” di mana risiko untuk kehilangan duit adalah sangat tinggi sekiranya tidak berhati hati. Jika kerugian sahaja telah menakutkan, apatah lagi kehilangan modal yang telah anda peruntukkan untuk masa depan keluarga anda? Fikir fikirkan.

Peraturan 7: Membina Sistem Pelaburan Berdasarkan Fakta

Mengambil masa untuk membina sistem pelaburan anda sendiri adalah menjadi kewajipan setiap pelabur. Setiap pelabur mempunyai perbezaan dari segi ketahanan emosi, modal pelaburan dan strategi. Sebahagian pelabur lebih percaya bahawa membuat keuntungan di dalam pasaran adalah semudah 1, 2, 3 namun realitinya, bidang pelaburan boleh menjadi bidang yang paling mencabar anda pernah ceburi tanpa asas pengutahuan yang betul.

Pelabur yang tidak terburu buru membuat keputusan biasanya mempunyai ketenangan fikiran mempelajari selok belok market berbanding pelabur yang ingin “kaya cepat”. Sebagai contoh, sekiranya anda berminat di dalam suatu bidang, anda perlu pergi ke universiti untuk mempelajari bidang tersebut sekurang kurangnya 4 tahun! Perkara ini adalah sama dalam bidang pelaburan di mana anda perlu meluangkan masa dan modal untuk mempelajari bidang tersebut. Oleh kerana anda tidak perlu memasuki mana mana institusi pelaburan lain untuk memulakan dagangan, masa yang di ambil untuk berjaya di dalam bidang ini juga adalah subjektif bergantung kepada usaha.

Peraturan 8: Sentiasa Mempunyai Stop Loss (SL)

Stop Loss adalah harga atau risiko yang sanggup anda bayar dalam setiap pelaburan anda bagi mendapatkan keuntungan. Stop Loss merupakan satu kewajipan setiap pelabur dan trader terutamanya bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar kepada modal pelaburan. Penggunaan Stop Loss yang betul dapat menghilangkan tekanan emosi apabila floating kerana pelabur dapat mengira terlebih dahulu jumlah kerugian yang ditanggung sekiranya pelaburan tidak berhasil.

Peraturan 9: Tahu Bila Untuk Berhenti

Terdapat dua sebab untuk berhenti melabur : penggunaan trading plan yang tidak efektif dan pelabur tidak efektif.

Trading Plan yang tidak efektif menunjukkan peratusan kerugian yang lebih besar berbanding keuntungan. Terdapat beberapa sebab untuk ini : Perubahan pergerakan pasaran, volatility berkurang, atau kelemahan trading plan itu sendiri. Pelabur perlu menilai semula trading plan yang telah dibuat dan sekiranya perlu membuat sedikit perubahan ataupun membuat plan yang baru. Trading plan yang tidak berkesan perlu diperbaiki secepat mungkin. Pelabur masih mempunyai harapan.

Manakala pelabur yang tidak efektif pula adalah apabila dia tidak dapat mengikuti trading plan nya sendiri. Faktor stress, tekanan emosi dan tabiat buruk yang tidak dapat dielakkan juga menyumbang kepada masalah ini. Pelabur perlu menangani masalah ini sebelum meneruskan dagangan.

Peraturan 10: Kekalkan Perspektif Dalam Pelaburan

Mengekalkan Big  Picture dalam pelaburan adalah penting. Kerugian dalam pelaburan adalah sesuatu yang normal. Begitu juga dengan keuntungan. Ianya hanya satu langkah ke arah pelaburan berkesan  jangka panjang. Keuntungan terkumpul yang mencetuskan perubahan ke arah pelaburan yang berjaya. Apabila pelabur menerima hakikat ini, emosi dapat dikawal seterusnya mengingkatkan keyakinan dalam melabur.

Menetapkan target yang realistik adalah salah satu faktor mustahak dalam mengekalkan perspektif dalam pelaburan. Jika pelabur mempunyai modal yang kecil, target keuntungan juga mesti dalam lingkungan yang dapat dicapai.

Kesimpulan

Memahami kepentingan setiap peraturan ini dan bagaimana ia berfungsi dapat membantu pelabur membentuk pelaburan yang berjaya. Pelaburan adalah kerja keras, disiplin dan kesabaran untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk meningkat peluang kejayaan di dalam bidang ini.