- Harga - Price
- Nilai - Value
Untuk melakukannya dengan berkesan, mereka perlu :
- Mengira nilai intrinsik aset dan bagaimana ia berubah dari masa ke masa.
- Menilai bagaimana harga pasaran semasa dibandingkan dengan nilai intrinsik aset, harga masa lalu aset, harga aset lain, dan fair price aset secara umum.
Seterusnya mereka menggunakan maklumat itu untuk membina portfolio. Anda mungkin berhujah bahawa membina portfolio mestilah tidak lebih sekadar mengenalpasti aset dengan nilai tertinggi dan harga yang sedang rendah (undervalue). Secara umumnya, benar. Tetapi saya fikir elemen lain juga harus termasuk dalam proses iaitu meletakkan kedudukan portfolio pada masa yang tepat.
Pada pendapat saya, cara terbaik untuk mengoptimumkan kedudukan portfolio adalah melalui penentuan keseimbangan antara :
- Agresif
- Defensif
Keseimbangan itu harus diselaraskan dari masa ke masa sebagai tindak balas kepada perubahan keadaan pasaran. Kata kunci adalah kalibrasi. Jumlah yang anda laburkan, peruntukan modal dan risiko perlu dikalibrasikan secara berterusan dari agresif kepada defensif dan dari defensif kepada agresif. Apabila nilai menjadi rendah, anda harus lebih agresif. Apabila nilai menjadi tinggi, anda perlu lebih defensif.
Kecenderungan
Sekiranya anda mahu memahami dan menguasai subjek kitaran pasaran, anda perlu benar-benar faham tentang kecenderungan. Sekiranya faktor-faktor yang mempengaruhi pasaran adalah bersifat tetap dan boleh diramalkan, kita boleh bercakap tentang apa yang akan berlaku. Namun hakikatnya, kita tidak mampu meramal masa hadapan. Walau bagaimanapun, kita masih boleh berbicara mengenai perkara-perkara yang :

- Mungkin berlaku
- Sepatutnya berlaku
- Bagaimana ia mungkin berlaku
Semua tiga perkara di atas disebut sebagai kecenderungan.
Risiko
Dalam dunia pelaburan, kita bercakap tentang risiko sepanjang masa tetapi tidak ada persetujuan sejagat mengenai apa itu risiko atau apa yang harus dilakukan. Sesetengah pihak termasuk ahli akademik berpendapat bahawa risiko adalah kemungkinan kehilangan wang dan turun naik harga atau pulangan aset.
Selain itu, terdapat juga risiko peluang iaitu kemungkinan kehilangan atau terlepas potensi keuntungan. Istilah popular yang sering disebut oleh komuniti maya bagi risiko peluang ialah Fear of Missing Out (FOMO). Sekiranya kita letakkan kedua-dua maksud risiko bersama-sama, kita dapat lihat bahawa risiko adalah kemungkinan terjadi perkara-perkara yang tidak seperti yang kita jangkakan.
Ahli falsafah pelaburan, mendiang Peter Bernstein dalam newsletter Economics & Portfolio Strategy bertarikh June 2007 berkata,
Pada dasarnya risiko mengatakan kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Kita melalui proses perjalanan yang arahnya tidak diketahui. Terdapat pelbagai kemungkinan perkara akan terjadi dan kita tidak tahu di mana ia akan terjadi.
Bersambung di bahagian ke-3, kecenderungan & kebarangkalian.
"Speculation is a hard and trying business, and a speculator must be on the job all the time, or he'll soon have no job to be on."

Bolehkah kita mengukur risiko dengan angka?
Pada dasarnya risiko mengatakan kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Kita melalui proses perjalanan yang arahnya tidak diketahui. Terdapat pelbagai kemungkinan perkara akan terjadi dan kita tidak tahu di mana ia akan terjadi.
Bersambung di bahagian ke-3, kecenderungan & kebarangkalian.
"Speculation is a hard and trying business, and a speculator must be on the job all the time, or he'll soon have no job to be on."
No comments:
Post a Comment