Kitaran Pasaran : Kecenderungan & Kebarangkalian [Bahagian 3] - Market Demon

Saturday, March 23, 2019

Kitaran Pasaran : Kecenderungan & Kebarangkalian [Bahagian 3]


Sambungan dari bahagian 2. Menurut profesor Elroy Dimson dari London Business School, 

Risiko bermaksud lebih banyak perkara boleh berlaku daripada apa yang akan berlaku.

Bagi setiap peristiwa dalam ekonomi, perniagaan dan pasaran, jika hanya satu perkara yang dapat terjadi dan hanya satu hasil yang dapat diramalkan, maka tidak wujud risiko atau ketidaktentuan. Tanpa sebarang ketidaktentuan mengenai apa yang akan berlaku, secara teorinya kita dapat tahu dengan tepat bagaimana untuk meletakkan porfolio kita bagi memperoleh keuntungan yang maksima dan mengelakkan kerugian.

Kecenderungan & Kebarangkalian
Tetapi dalam kehidupan dan dalam pelaburan, terdapat banyak hasil yang berbeza, ketidaktentuan dan risiko sememangnya tidak dapat dielakkan. Sebagai akibat daripada perkara di atas, masa depan harus dilihat bukan sebagai satu hasil tetap yang telah ditakdirkan dan mampu diramalkan tetapi sebagai pelbagai kemungkinan. Kemungkinan boleh dipengaruhi oleh kecenderungan pandangan seseorang.

Peserta pasaran atau sesiapa sahaja yang berharap untuk berjaya meneroka masa hadapan perlu membentuk pengagihan kemungkinan sama ada secara eksplisit atau secara tidak rasmi. Sekiranya ia dilakukan dengan baik, kebarangkalian ia dapat membantu dalam menentukan apa tindakan yang tepat perlu diambil. Tetapi harus diingat, walaupun kita tahu tentang apa kebarangkalian akan berlaku, itu tidak bermakna kita tahu apa yang akan berlaku.

Sebarang hasil boleh terjadi walaupun dengan kebarangkalian yang berbeza-beza kerana proses yang mana hasilnya dipilih akan dipengaruhi tidak hanya oleh merit tetapi juga oleh kecenderungan. Kita mungkin tahu apa yang dijangkakan akan berlaku tetapi itu mungkin tidak mempunyai kaitan dengan apa sebenarnya akan berlaku.

Peserta pasaran yang unggul mempunyai pemahaman yang lebih tinggi mengenai kecenderungan masa hadapan. Sesetengah peristiwa boleh diramalkan dengan keyakinan yang tinggi, sesetengah peristiwa bersifat tidak pasti, dan sesetengah peristiwa tidak dapat diramalkan.

100 Biji Bola Di Dalam Balang
Katakan terdapat 100 biji bola, hitam dan putih diletakkan di dalam balang. Warna manakah yang patut anda teka akan keluar? Jika anda tidak tahu apa-apa mengenai kandungan balang, tekaan anda hanyalah sekadar spekulasi yang tidak diketahui. Keadaan ini sama jika anda tahu terdapat 50 biji bola berwarna hitam dan 50 biji bola berwarna putih. Peluang untuk anda meneka dengan tepat bersamaan 50:50.

Sudah tentu dalam pasaran tidak wujud peluang bersamaan 50:50. Pertaruhan tanpa kelebihan ilmu pengetahuan tentang isi balang tidak akan menjanjikan anda keuntungan. Tetapi bagaimana jika anda mempunyai maklumat khusus tentang kandungan balang itu? Katakan anda tahu terdapat 70 biji bola hitam dan 30 biji bola putih. Peluang untuk anda meneka dengan tepat akan menjadi lebih tinggi. Anda hanya perlu bertaruh pada bola hitam sahaja.

Dalam kata lain, untuk memenangi permainan ini dengan lebih kerap anda harus mempunyai kelebihan ilmu pengetahuan dan maklumat. Inilah yang terdapat pada pelabur unggul dan mereka tahu lebih banyak berbanding pelabur lain mengenai kecenderungan masa hadapan.

Namun, penting untuk diingatkan sekali lagi walaupun anda tahu tentang kebarangkalian dan kecenderungan, anda masih tidak tahu apa yang akan berlaku. Walaupun anda tahu nisbah bola di dalam balang adalah 70 hitam dan 30 putih, tetapi anda masih tidak tahu warna apa yang akan keluar. Walaupun terdapat lebih banyak bola berwarna hitam, tetapi ketika bola itu dipilih, anda tidak tahu warna apa yang akan keluar. Anda tidak perlukan kepastian untuk memenangi permainan itu. Anda cuma perlu ada kelebihan ilmu pengetahuan dalam kecenderungan dan kebarangkalian.

Bersambung di bahagian ke-4, sifat semulajadi kitaran.

Ikuti kami di Twitter & Telegram

"The stock market is the story of cycles and of the human behaviour that is responsible for overreactions in both directions."


No comments: