Bitfi Hardwallet Menarik Balik Kenyataan "Unhackable" Mereka - Market Demon

Friday, August 31, 2018

Bitfi Hardwallet Menarik Balik Kenyataan "Unhackable" Mereka


Pada Khamis lalu (30 Ogos), Bitfi, pereka hardwallet untuk John McAfee telah memberitahu bahawa mereka telah melantik jurutera sekuriti pakar sebagai pihak yang mengesahkan terdapat kecacatan dalam program mereka dan ia telah disahkan oleh pengkaji yang menyebabkan ayat "Unhackable" atau tidak dapat digodam ditarik balik daripada jenama Bitfi.
Bitfi wallet yang dikuasakan oleh Android diperkenalkan pada 19 Jun 2018 yang lalu. Apa yang menyebabkan perkara ini lebih menarik selain penglibatan John McAfee ialah ianya disokong oleh cryptocurrency Monero (XMR).
John McAfee memberi kenyataan:
    "Dalam kebanyakan metod panjang dan rumit pada hari ini untuk membuatkan wallet lebih selamat dan senang digunakan, tiada yang lebih hebat daripada wallet baru Bitfi. Beberapa pesaing saya telah memulakan metod yang inovatif untuk melindungi private keys, tetapi Bitfi direka untuk memastikan private key tidak dapat diperoleh dengan cara yang salah. Tiada wallet lain yang sehebat Bitfi di tahap ini."


Daniel Khesin, pengasas bersama Bitfi, berkata:
“Inovatif wallet Bitfi yang radikal, tercipta daripada keperluan untuk mencari  solusi pusat simpanan  yang selamat dan senang digunakan supaya kita boleh memajukan adaptasi aset blockchain.... Prototaip awal telah mendapat pujian ramai daripada pengguna (seperti John McAfee) yang bersama berkongsi keghairahan kami terhadap cryptocurrency, dan melalui perkongsian, ramai penggemar crypto akan menggunakan wallet Bitfi. 
Wallet Bitfi, berharga pada $120, berada di pasaran pada 25 Jun 2018.
Pada Khamis lalu (30 August 2018), Saleem Rashid, salah seorang ahli pengkaji sekuriti yang mencari kecacatan dalam Bitfi sejak beberapa minggu lalu, memberitahu dalam Twitter bahawa kumpulan mereka menjumpai cara menggunakan "Cold Boot Attack" dimana ia mampu mencuri kesemua crypto yang disimpan didalam Bitfi.

Lebih kurang 40 minit kemudian, Bitfi mengeluarkan kenyataan berikut di Twitter:

No comments: