Luahan Terbuka Golongan IT Kepada Tun M - Market Demon

Saturday, June 30, 2018

Luahan Terbuka Golongan IT Kepada Tun M


Artikel kali ini penulis akan berkongsi dengan pembaca Market Demon luahan terbuka seorang rakyat Malaysia yang telah berkecimpung dalam bidang IT lebih 14 tahun. Ini susulan tindakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengumumkan bahawa kerajaan mengalukan pekerja asing yang mempunyai kemahiran IT untuk bekerja di Malaysia bahkan mereka di tawarkan status kerakyatan sebagai penduduk tetap. Klik link ini untuk rujukan . Pengumuman ini mengundang reaksi sebahagian mereka yang bekerja dalam sektor IT. Berikut penulis kongsikan luahan individu ini dikenali sebagai Kamaruzaman Muhammad dalam satu post beliau di Facebook. Ulangan post beliau dalam artikel Market Demon kali ini telahpun di beri keizinan penulis asal luahan terbuka tersebut dengan sedikit suntingan bagi tujuan memudahkan pembacaan.

Image result for SEKTOR IT



Semalam kecoh di laman Sosial kenyataan daripada Tun M mengenai penerimaan pekerja asing sebagai penduduk tetap di Malaysia dalam Sektor IT.

Ini hanyalah sekadar luahan saya sebagai salah seorang rakyat Malaysia dan berada dalam bidang IT lebih daripada 14 tahun.

1. Apa kurangnya rakyat Malaysia dalam bidang IT?


Selama saya dalam bidang IT, bagi saya, tak ada sebarang kekurangan lansung pun bagi rakyat Malaysia dalam bidang IT.

Ramai sahaja rakyat Malaysia yang celik IT, malah pakar dalam bidang IT dan setaraf dengan tahap pakar IT di negara lain-lain.

TAPI, mereka tidak diberi peluang untuk berada dalam tempat yang betul, kebanyakan yang saya kenal ada yang tiada kelulusan dalam SPM, Diploma, Degree malah ada yang tidak bersekolah.

Mereka ada komuniti mereka sendiri, jika dulu (tahun 2010 - 2016) banyak komuniti IT yang wujud di Malaysia.

Ya, mereka memang tak ada kelulusan, mereka pandai, tapi, mereka sering di dipergunakan untuk kepentingan sesetengah pihak, tujuan politik, dan lain lain.

Hanya beberapa sahaja yang mampu bertahan, itu pun ramai yang sekadar buat Kerja sambilan.

2. Apa yang Rakyat Malaysia dah buat?


Banyak sahaja syarikat IT tempatan yang telah berjaya dalam sektor IT, banyak teknologi yang telah di usahakan dengan titik peluh rakyat Malaysia sendiri (malah orang melayu sendiri).

Di antaranya adalah:

1. KATSANA ( https://katsana.com ) - Salah satu syarikat tempatan yang telah berjaya dalam teknologi GPS Tracking, malah teknologinya telah matang (advance) dan diguna pakai di Malaysia.


2. RUNCLOUD ( https://runcloud.io ) - Di antara syarikat tempatan yang telah berjaya sampai dan mewakili Malaysia ke Silicon Valley.


3. Kenapa tak ada bersuara?

  
Sebelum ini ramai sahaja yang bersuara, tetapi tidak dapat sampai sehingga pihak kerajaan dan tiada apa-apa tindakan yang telah dilakukan, malah terkubur begitu sahaja.

Kita mempunyai ramai pakar IT, sebut sahaja Artificial Intelligent (AI), Blockchain, Data Scientist, kita sudah mampu untuk buat dan ada kepakaran, cuma mereka tidak mampu bersuara.

4. Apa yang saya dan rakan-rakan IT lain harapkan?

Image may contain: 10 people, people sitting and indoor

Saya bukanlah seorang menteri, saya tidaklah pandai untuk menilai, tapi ini adalah pandangan saya dan rakan-rakan IT.

Saya tidaklah membangkang penuh kenyataan Tun M, tetapi, diharapkan kaji semula dasar pembangunan sektor IT dan tenaga kerja rakyat Malaysia sendiri.

Diharapkan kerajaan kaji semula Pembelajaran IT di Malaysia ini, kebanyakan institut pembelajaran tidak mempunyai silibus yang terbaru (update) kerana teknologi IT sangat lah pesat dan tidak mengikut permintaan (Market) di Malaysia, malah tidak setanding dengan permintaan pekerjaan di luar Negara.

Dasar-dasar yang sepatutnya merancakkan sektor IT di Malaysia tidak diterjemahkan dengan betul, oleh kerana itu, harapan pihak kerajaan yang mencipta dasar tersebut tidak dapat melihat kesan yang sepatutnya.

Walaupun begitu, saya dan rakan-rakan tetap mampu melibatkan diri dalam bidang IT dengan berbekalkan ilmu yang kami pelajari sesama sendiri, komuniti dan sumber-sumber awam yang terdapat di Internet.

Kami bukan mengampu atau mengharapkan simpati kerajaan atau sesetengah pihak, tapi kami cuma ingin menyuarakan bahawa kami ADA dan sedia berkhidmat untuk Agama, Bangsa, Negara.

Sekian sahaja luahan kami,
Kamaruzaman Muhammad

Nota tambahan:

Ini hanyalah luahan daripada kami, setuju atau tidak, terserah pada diri sendiri, kami tidak mampu untuk puaskan hati semua orang.

Image may contain: 10 people, people smiling, people standing

Image may contain: 8 people, people standing

Sekian luahan terbuka saudara Kamaruzaman mewakili sebahagian besar mereka yang berkerja dalam sektor IT di Malaysia. Penulis secara peribadi melihat pengambilan warga asing berkemahiran baik dalam apa sektor sekalipun boleh jadi pemangkin kepada keterbukaan ilmu dan kemahiran baru tetapi bukanlah solusi terbaik dalam menangani kekurangan pekerja tempatan yang berkemahiran dan kompeten di peringkat global. Sebaliknya penekanan dan pendedahan tentang sektor IT dalam kalangan masyarakat perlu dipertingkatkan di peringkat awal pendidikan. Sektor IT yang berperanan besar dalam menggerakkan dan melancarkan perjalanan pentadbiran, pengurusan sektor-sektor lain dan memacu revolusi industri 4.0 yang hari ini semakin hari menjadi tumpuan dunia kerana teknologinya tak ketinggalam juga Malaysia.

Saya percaya usaha pemerkasaan sektor IT di peringkat pendidikan mampu melahirkan lebih ramai pakar IT yang mempunyai pelbagai kemahiran. Bahkan ramai golongan professional sektor IT di negara kita yang cukup berdaya saing, kritis dan kreatif serta berkemahiran tinggi mampu membuat perubahan besar dalam sektor IT sekiranya bidang seperti penyelidikan dan kajian di pertingkatkan, permerkasaan kemahiran bagi golongan ini di beri lebih penekanan. Bukankah misi dan visi Malaysia Baru adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia di pelbagai peringkat dan sektor yang lebih berdaya saing dan inovatif? Apakah keyakinan dan kepercayaan kepada anak muda negara kita yang berkerja dalam sektor IT tidak cukup tinggi untuk membantu mereka mengembangkan lagi kemahiran sedia ada?  Tinggal saja bakat dan kemahiran mereka di gilap dan di asah.

Sementelah, kami di Market Demon juga merupakan platform yang menyediakan informasi dalam Bahasa Melayu berkaitan revolusi Industri 4.0 termasuklah cryptocurrency, technology Blockchain, Artificial Intelligence (AI) dan transformasi digital kepada orang ramai. Sebahagian usaha dalam memberi kesedaran dan maklumat yang mudah di fahami masyarakat bagaimana hari ini dunia mengalami perubahan.

Bagaimana dengan pendapat anda pembaca Market Demon yang mungkin juga mereka yang berkerja di dalam sektor IT. Kami mengalukan sebarang maklum balas boleh disertakan di ruangan komen di bawah.


Link Penulis : NadCrypto

No comments: