Edisi Raya : Pemakanan Secara Sihat - Market Demon

Friday, June 15, 2018

Edisi Raya : Pemakanan Secara Sihat



Image result for hari raya makan sihat

Mengambil kesempatan di hari kemenangan ini kami di Market Demon mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam di seluruh dunia amnya dan para pembaca Market Demon. Selamat Hari Raya Aidulfitri mohon maaf zahir dan batin dari kami penulis di Market Demon andai ada nukilan dan penulisan kami dalam berkongsi dan memberi maklumat kepada pembaca. Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan ini juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa atau Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan sambutan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia setelah berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Qurban. 

Ramai di antara kita mengambil kesempatan menurunkan berat badan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu dan tak kurang juga yang berjaya mencapai berat badan ideal. Walau bagaimanapun, apabila tiba musim perayaan, kebanyakan kita mengalami penambahan berat badan. Berat badan yang berjaya diturunkan sepanjang 30 hari menjalani ibadah puasa mungkin meningkat semula hanya selepas 15 hari menyambut Hari Raya. Dalam artikel kali ini penulis ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi dengan semua sedikit panduan pemakanan secara sihat dan terkawal. 

Keseimbangan Pengambilan dan Penggunaan Tenaga 

Biasanya, pelbagai juadah dihidangkan pada hari terbuka. Antara makanan yang biasa dihidangkan adalah seperti lemang, ketupat, rendang, lontong dan pelbagai kuih-muih beraneka rasa. Namun begitu, kita perlulah bijak dalam memilih makanan dan sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat ketika meraikan Hari Raya.

Pengambilan makanan yang tidak terkawal boleh menyebabkan peningkatan berat badan secara mendadak selain meningkatkan risiko kepada penyakit kronik. Sehubungan itu, pengekalan berat badan perlu ditekankan sepanjang musim perayaan. Oleh itu, amalkan pengambilan makanan dengan mengikut panduan makan secara sihat. Ini akan membantu kita menikmati makanan semasa musim perayaan tanpa menjejaskan kesihatan. 

Saranan pengambilan kalori berdasarkan Panduan Diet Malaysia, 2010 untuk orang dewasa (berumur 18 - 59 tahun) yang sedentari adalah seperti berikut: 

a) Lelaki dewasa : 2000 kkal/ hari 
b) Wanita dewasa : 1500 kkal/ hari

7 Panduan Makan Sihat Di Hari Raya 


1) Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil.

2) Pilih makanan yang rendah kalori seperti buah-buahan serta makanan yang kurang minyak, lemak dan santan.

3) Pilih makanan yang tinggi serat untuk mengelakkan sembelit.

4) Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak seperti dodol.

5) Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut.

6) Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam seperti kerepek.

7) Minum air kosong berbanding minuman berperisa berkarbonat atau minuman yang manis.


Senarai Kandungan Kalori Makanan Kegemaran Di Hari Raya






Cadangan Pengambilan Di Hari Raya 







No comments: