Tutorial Membeli Bitcoin Di Coinbase Menggunakan Kad Debit/Kredit (Bergambar) - Market Demon

Saturday, May 5, 2018

Tutorial Membeli Bitcoin Di Coinbase Menggunakan Kad Debit/Kredit (Bergambar)


Membeli Bitcoin dengan kad kredit atau debit kad dulu boleh dikatakan agak sukar. Namun kini syarikat seperti Coinbase dan CoinMama telah memudahkan proses itu. Berikut kami sediakan tutorial bergambar mengenai cara-cara membeli Bitcoin menggunakan kad debit/kredit anda. 

Sebelum kita mula: Anda memerlukan wallet. Tidak mempunyai wallet? Baca panduan kami mengenai Bagaimana Wallet Cryptocurrency Berfungsi



Coinbase membolehkan anda membeli bitcoin serta-merta dengan kad kredit atau kad debit. Berikut adalah tutorial bergambar untuk membantu anda membuat proses pembelian dengan lebih mudah. 

1. Buat Akaun Coinbase


Sebaik sahaja anda membuat akaun, anda perlu mengesahkan butiran peribadi dan log masuk anda. Anda mungkin diminta untuk memuat naik imbasan ID. Sebaik sahaja anda telah log masuk, terus ke langkah seterusnya. 


2. Navigasi ke tetapan akaun (Settings) 

Navigasi ke sudut kanan atas dan klik pada nama anda dan akan keluar senarai menu di mana anda boleh mengklik "Tetapan" (Settings). Kemudian klik "Kaedah Pembayaran" (Payment Methods) pada menu di bahagian atas dan anda harus melihat sesuatu yang kelihatan seperti ini: 

Klik pada "Tambah Kaedah Pembayaran" (Add Payment Method) di penjuru kanan. 


3. Klik "Kad Kredit / Debit" 


4. Masukkan Maklumat Kad Kredit/Debit anda 
Ambil perhatian bahawa Coinbase hanya menerima kad kredit/debit Visa dan Mastercard pada masa ini. 


5. Pengesahan 
Anda harus melihat pengesahan seperti yang di bawah. Jika ya, kad kredit/debit anda telah berjaya ditambah! 

6. Beli Bitcoins! 
Pergi ke halaman pembelian dan anda akan melihat widget yang kelihatan seperti imej di bawah: 

Masukkan jumlah yang anda mahu beli, dan klik "Buy Bitcoin Instantly". Coin anda akan dihantar ke alamat wallet Coinbase anda! 

Selamat mencuba.🦋

Penafian : Ini bukan nasihat pelaburan atau "buy call." Segala yang terkandung dalam artikel ini adalah bertujuan untuk perkongsian maklumat. Trading boleh menyebabkan kerugian. Kami tidak bertanggungjawab bagi sebarang kerugian atau yuran tinggi yang dikenakan. DYOR.


[Baca: Sejarah Evolusi Kad Kredit]