Seperti yang kita tahu, ramai yang tertanya tanya, jikalau pasaran saham boleh menjadikan seorang itu kaya tetapi apabila kita lihat pada realitinya pula tidak sama. Kita juga boleh lihat semua orang boleh take profit tetapi tak semua orang boleh hadapi lost. Hanya individu yang disiplin dan mempunyai komitmen yang tinggi sahaja yang boleh bertahan lama dalam bidang ini. Di sini saya sertakan antara lima perkara untuk menjadi pemain pasaran yang berjaya.
1. Anda Tak Boleh Jinakkan Pasaran
Apa yang hendak ditekan kan di sini adalah pengurusan risiko, iaitu dengan mengurangkan kerugian apabila berlaku perkara yang bertentangan dengan analisa kita. Walaupun terdapat banyak kaedah canggih dalam mengendalikan risiko dalam portfolio, dengan menggunakan kaedah asas analisis harga, seperti crossover, SNR, Wyckoff merupakan antara contoh alat yang boleh digunakan dalam membuat analisa teknikal.
Carta di bawah menunjukkan kajian purata crossover bergerak sederhana. Purata pergerakan sebenar yang digunakan tidaklah penting, tetapi yang jelas ialah bentuk analisis pergerakan harga dasar boleh memberikan kita kenal pasti bila masa apabila risiko portfolio harus dikurangkan
.
Kita boleh lihat disini, banyak pemain amatuer mudah terpedaya dengan buy signal yang kononya merupakan agent bertauliah dan terus meletakkan 100% wang tunai ke dalam pasaran tersbut. Ini membuatkan portfolio anda tededah dengan resiko. sebab itu sangat penting pengurusan resiko.
Seorang pemain pasaran yang baik akan cuba meminimakan resiko dan maksimakan keuntungan. Cari ilmu dahulu, keuntungan akan datang kemudia. Jadi anda pada Kategori yang mana?.
2. “Buy and hold” dan “Cost Average”
Kedua-dua perkataan ini kerap kali kita dengar dalam Pasaran. Kedua perkataan ini boleh menjadikan seorang pelabur mimpi indah dan boleh juga bertukar menjadi mimpi yang ngeri pada seorang pelabur. Jelas pemain pasaran yang amatuer sangat mudah termakan dengan ayat untung berlipat kali ganda ataupun percaya dengan instinct mereka yang kuat mengatakan yang chart akan menaik semula sedangkan semakin lama anda HOLD semakin banyak anda akan rugi sedangkan chart mengatakan bertentangan dengan analisa. Ini merupakan antara sebab mengapa pemain amatuer tewas dari psychology mereka, kerana sikap tamak manusia yang ingin cepat mendapat keuntungan menyebabkan seorang pemain pasaran itu ikut tanpa membuat kajian yang terperinci terlebih dahulu sebelum masuk dalam sesuatu pelaburan.
Kedua-dua ini fungsi bersama, digabungkan lagi dengan kesilapan pelabur dari masa ke masa. Apabila pasaran semakin meningkat, individu akan percaya bahawa trend harga semasa akan terus meningkat dan terus BUY. Ini silap sama sekali. pasaran yang sihat mempunyai naik dan turun dalam harga. setiap kenaikan pasti akan ada penurunan. Kita tidak boleh Predict masa hadapan, apa yang pemain boleh membuat kajian terperinci dalam pasaran dan React ini akan membuatkan seseorang itu matang dalam pelaburan mereka dan mengembangkan lagi Portfolio mereka.
3. Lebih Resiko, Lebih Kuntungan
Pelabur sentiasa didorong untuk mengambil langkah untuk menambahkan lagi pelaburan mereka yang mereka rasakan mempunyai potensi untuk mendapatkan kadar pulangan yang lebih tinggi sekiranya semuanya berjalan dengan lancar, anda bakal menikmati hasil yang lumayan sesuai dengan resiko yang anda tanggung anda tadi. Tapi bagaimana pula kalau jadi sebaliknya, adakah kita pernah terfikir?
Apabila seseorang itu menilai risiko dan pulangan dalam pelaburannya, .soalan yang paling penting yang ditanyakan adalah:
'Apakah kebarangkalian saya dalam pulangan pelaburan ini dapat mengimbangi risiko kerugian saya?'
Pemain Pasaran yang pro mereka akan lebih mementingkan resiko dan keberangkalain yang akan berlaku daripada keuntungan semata-mata. Pernah dengar pepatah 'Don't concentrate all your prospect or resources in one place, or you could lose everything'. Jadi apa yang hendak dikatakan disini adalah hanya membelanjakan apa yang anda mampu dalam satu pasaran merupakan antara strategi yang berkesan untuk membina kekayaan.
4. Tunai Hanya Untuk "losers"
Kita sedia maklum wang tunai turut mempunya nilai yang turun dan naik dan wang tunai juga turut terdedah dengan inflasi.
.
Kebanyakan media arus perdana menyatakan tidak bersetuju dengan konsep memegang wang tunai dan mengembalikan pulangan dalam jangka panjang turut mempunyai pros and cons sendiri. sebagai sebab untuk terus melabur dalam kedua-dua masa yang baik dan buruk. Masalahnya adalah bahawa wang anda berisiko dan kebanyakan individu tidak mempunyai masa yang diperlukan untuk benar-benar menangkap 30- hingga 60 tahun purata pengembalian.
Pelabur sering diberitahu bahawa memegang wang tunai adalah bodoh. Bukan sahaja anda dikatakan "hilang" di pasaran lembu roket, tetapi wang anda sedang terkikis dengan "inflasi." Masalahnya ialah hasil mengambil wang tunai dan melabur ke dalam pasaran kedua yang paling banyak dinilai terlebih dahulu dalam sejarah.
5. Tak masuk, Anda Terlepas
Tempoh pulangan yang rendah sentiasa diikuti dengan tempoh penilaian pasaran ketika menaik. Dalam erti kata lain, adalah penting untuk memahami masa anda masuk dalam pelabruan. beli dari akar dan jual bila di pucuk erti kata lain beli masa harga di puncak jualan(Selling Climax) dan mejualnya semula pada harga yang paling tinggi. pelaburan anda mempengaruhi keputusan akhir anda.
Dari carta diatas kita boleh lihat harga sebelum dan semasa, apa yang kita boleh lihat di sini adalah history tend to repeat itself dari sini kita boleh membuat analisa kita adakah dalam masa 20 tahun lagi nilai akan meningkat ataupun menurun.
Kebenaran
Sekali lagi, jika mitos-mitos di atas bukanlah mitos, kenapa masih ramai lagi yang masih miskin? Akhirnya, untuk menjadi pemain pasaran yang baik, seseorang individu harus betulkan cara mereka berfikir dahulu, jika anda menjadi pemain pasaran yang hanya ingin mendapat pulangan yang lumayan dengan cepat, anda silap. Pemain pasaran yang profesional perlu disiplin dan hanya masuk dalam pasaran selepas membuat kajian yang terperinci dari segi teknikal dan fundemental serta mempunyai sudut psykologi yang positif yang tidak terdorong dengan keuntungan semata-mata.
[Baca: Personaliti Wang]