Invest First, Investigate Later - Market Demon

Sunday, May 6, 2018

Invest First, Investigate Later


Invest First, Investigate Later
Invest first, investigate later merupakan strategi pelaburan di mana pelabur membeli saham terlebih dahulu dan melakukan kajian kemudian. Strategi invest first, investigate later merupakan pendekatan yang berisiko dan bersifat spekulatif.

Sesetengah pelabur boleh menggunakan strategi ini untuk "menguji" pasaran terlebih dahulu. Sekiranya position itu menguntungkan, mereka boleh menambah lot baru untuk meningkatkan keuntungan, sekiranya ia tidak menguntungkan, position tersebut perlu ditutup dalam kerugian.

Strategi ini digunakan oleh pelabur terkenal, George Soros, untuk mengelakkan beliau terlepas peluang. Ramai pelabur melihat kaedah pelaburan ini seperti perjudian dan memilih untuk mengkaji terlebih dahulu sebelum merisikokan wang untuk menguji teori.

George Soros
George Soros merupakan hedge fund manager terkenal yang dianggap sebagai salah seorang pelabur terbaik di dunia. Soros menguruskan Quantum Fund, dana yang mencapai pulangan purata tahunan sebanyak 30% dari tahun 1970 hingga 2000. Selain keupayaannya melabur, Soros juga terkenal dengan sifatnya yang dermawan. Beliau banyak menyumbang kepada kegiatan amal melalui Soros Foundation. Soros melalui syarikat keluarganya, Soros Fund Management LLC masih lagi aktif berdagang pada hari ini.


Soros mula terkenal selepas meraih keuntungan dalam masa sehari, sebanyak $1 bilion, pada 16 September 1992, di mana pada waktu itu beliau telah mengambil position short British pound (GBP). Pada masa itu, negara-negara lain telah menekan England supaya menurunkan nilai mata wang Pound. England menentang penurunan nilai Pound, tetapi dengan tekanan dan spekulator dalam pasaran Forex, England mengapungkan Pound. Dengan memanfaatkan dana yang dimiliki, Soros mengambil position short Pound sebanyak $10 bilion, yang menghasilkan keuntungan sebanyak $1 bilion dan Pound collapse. Tindakan Soros ini dianggap sebagai salah satu perdagangan terbesar sepanjang masa sehingga beliau digelar The Man Who Broke The Bank of England.

Soros seorang pelabur yang sangat unik kerana ketajaman naluri beliau yang memainkan peranan besar dalam membuat keputusan pelaburan. Soros mempunyai pengetahuan tentang trend ekonomi di peringkat serantau dan global. Beliau menggunakan pengetahuan ini untuk mengeksploitasi ketidakcekapan pasaran dengan pertaruhan yang besar melalui penggunaan leverage. Soros tahu bila waktu yang sesuai untuk mendapatkan keuntungan.