Kisah Railway Mania yang Tidak diketahui ramai (Bahagian akhir) - Market Demon

Tuesday, May 22, 2018

Kisah Railway Mania yang Tidak diketahui ramai (Bahagian akhir)

Fasa buih

Ekonomi UK mulai perlahan pada penghujung 1830an dan awal 1840an, kadar interest ditinggikan dan beberapa siri protes terhadap jalan kereta api telah merencat pembangunan jalan kereta api oleh kalangan industri. Kesan ini menyebabkan para pelabur beralih arah kepada pelaburan bon kerajaan yang lebih selamat berbanding projek jalan kereta api yang bersifat spekulatif.

Sejenak kemudian, Bank England mula mengambil pendekatan memotong kadar interest bagi merancakkan pertumbuhan semula ekonomi pada pertengahan 1840an, ekonomi UK kembali mekar dengan sektor industri pembuatan menjadi pemacu. Sekarang, para pelabur kembali semula melabur dalam industri jalan kereta api dan berlakulah kenaikan harga share atas faktor peningkatan permintaan terhadap pengangkutan pengguna dan servis kargo.


Semua kelihatan indah sehinggalah pertengahan tahun 1840an yang menjadi merupakan titik hitam bagi pasaran saham UK. Revolusi Perindutrian telah mendorong peningkatan Kelas Pertengahan dan pertambahan isi rumah, yang mana warga Britain antara penyumbang kepada angka ini. Kerjasama perniagaan berkaitan jalan kerta api telah dimudahkan dengan fasiliti kredit dan modal daripada pelabur kelas pertengahan berbanding institusi bank, aristokrat mahupun pihak industri.

Ditambah pula dengan penarikan semula Akta Buih (Bubble Act), orang awam boleh membeli saham dan pegangan terhadap mana-mana syarikat-syarikat. Pihak syarikat pula bebas mempromosi di dalam media-media massa sebagai tarikan buat para pelabur.

Syarikat keretapi menjadi agen promosi terhebat untuk syarikatnya sendiri. Ia memberi gambaran pelaburan ke atas syarikatnya sebagai bebas risiko. Seterusnya, ia menawarkan promosi terhadap pegangan syarikatnya dengan hanya serendah 10% deposit manakala syarikat berhak ke atas baki 90% pelaburan. Para pelabur terpengaruh dengan prospek pelaburan yang ditawarkan dan ini memberi pengalaman mengujakan untuk melabur sepertimana kisah permulaan dot.com bubble pada 1990an.


Kerajaan British mengamalkan pendekatan laissez-faire terhadap peraturan pembangunan jalan kereta api. Walapun syarikat dikehendaki menyerahkan permohonan kelulusan jalan kereta api baru kepada Parlimen, namun, tiada limitasi dan jumlah jalan yang dibenarkan untuk untuk dibina. Ianya bebas tanpa kawalan! Kedudukan kewangan syarikat juga tidak diperlukan semasa permohonan dibuat kerana ahli Parlimen juga turut mempunyai pegangan yang signifikan dalam industri ini. Suatu konflik kepentingan yang jelas dan bobrok!

Saham syarikat jalan kereta api mulai meningkat, para pelabur mengetahui maklumat ini melalui lidah spekulator, malahan kelas pertengahan ada yang melaburkan semua simpanan terhadapnya. Ramai figura yang popular terlibat dalam spekulasi saham ini termasuklah Charles Darwin, Charles Babbage, John Stuart Mill, the Brontë dan Benjamin Disraeli. Modal yang besar sekarang sudah ada untuk syarikat keretapi manfaatkan bagi pelan pembangunan jalan keretapi yang tidak praktikal, bejat dan palsu yang bermaksud hilangnya amanah di pihak syarikat.
Kemuncaknya Railway Mania ini pada tahun 1845 dan 1846, syarikat jalan keretapi kononnya menyediakan plan yang tidak praktikal melalui skim aliran terus di pinggir bandar UK yang mana pada hakikatnya adalah mustahil bagi lokomotif untuk sampai ke sana. Pada zaman itu, hampir semua pekan kecil menginginkan kemudahan laluan kereta api. Pada tahun 1846 sahaja, Parlimen UK meluluskan berkaitan 272 akta dan permohonan berkaitan jalan kereta api melingkupi 9,500 batu jalan kereta api iaitu bersamaan 15,300 km! George Hudson seorang yang ternama dalam industri bijak mengambil peluang dengan membuat pemilikan terhadap syarikat-syarikat kecil. Sepanjang tahun 1844 sehinggan 1846, saham syarikat jalan kereta api meningkat dua kali ganda sebaik spekulator mania ambil alih.

Fasa kehancuran

Tahun 1845, bank England mengetatkan semula polisi kewangan dengan menaikkan kadar interest, ini menyebabkan kecenderungan 'buih untuk meletup' adalah besar kerana modal tidak lagi mudah dan murah untuk didapati. Simpanan bon yang dengan pulangan lukratif kembali menarik semula para pelabur untuk kembali melabur berbading jalan kereta api. Pada tahun 1846, saham jalan kereta api berada dikemuncakanya dan kemudiannya terus jatuh mendadak, ditambah pula oleh keperitan kadar interes yang tinggi dan keadaan pelabur yang sudah mengetahui pelaburan di saham kereta api tidak lagi berbaloi.

Saham jalan kereta api menjuman sehingga 50% dari tahun 1846 dan 1859, malahan, syarikat kerta pai menarik semula 90% pegangan mereka yang dipinjamkan kepada pelabur saham. Pelabur kelas pertengahan yang pada mulanya melabur simpanan hayat bankrap selepas 'buih itu meletup'.

Indeks pasaran saham syarikat jalan kereta api
Kejatuhan saham tersebar ke pelusuk pekan dan bandar. Ini menyebabkan syarikat jalan keretapi hilang modal. Kesan modal ini menyebabkan pembangunan 'impian' mereka terbantut dan gagal disiapkan. Bahkan, satu pertiga daripada kelulusan ahli Parliman dilaporkan tidak pernah dibina. Pembangunan jalan kereta api ranap dan mulai perlahan selepas Railway Mania yang terjadi. Walaubagaimanapun, sebahagian kecil pembangunan tetap berjalan pada 1850 hingga 1860an oleh syarikat-syarikat besar sahaja.
Tidak seperti kisah bubble lain yang hampir berakhir tanpa sebarang manfaat dan nilai, kisah Railway Mania tetap membantu industri sistem jalan kereta api UK dan menjadi contoh negara termaju dalam industri ini. UK Railway Mania sering dikaitkan dengan bubble telekomunikasi penghujung 90an yang mana manfaat kabel optik tetap berserakan di dalam tanah muka bumi termasuklah lautan.

Pada tahun 1844 dan 1846, 6,220 batu jalan kereta api telah dibina yang mana ia menjadi tulang kepada 11,000 batu jalan keratapi yang wujud di UK. Kebanyakan laluan tamabahan gagal disiapkan selepas buih meletup dan syarikat-syarikat besar yang teguh dan kukuh mengambil manfaat dengan membeli syarikat-syarikat kecil.

Pengajaran

Kisah buih ini akan tetap berlaku dan terus berlaku selagi ada makhluk bernama manusia. Manusia yang tidak mendahulukan ilmu dan tamak dengan nafsu. Ia akan berulang dan berulang dengan parameter dan faktor yang hampir sama dan serupa. Anda pasti dapat membaca krisis seperti ini dan menambahbaik pengurusan risiko kelak.

Baca juga: 5 Kitaran Bubble di sini

Shafiq Neurotrader untuk Market Demon
Emel: shafiq.cryptocall@gmail.com

Ingin dapatkan kemaskini lebih pantas di peranti pintar anda? Ikuti salah satu media sosial kami di bawah: