Hadiah terbaik yang anda sebagai ibu
bapa boleh berikan kepada anak-anak tersayang adalah ilmu dan kemahiran yang
mampu merpersiapkan anak-anak untuk menjalani kehidupan seharian mereka dengan
lebih mudah dan berdikari. Penting untuk mereka bagi menjalani kehidupan yang
semakin mencabar dengan persiapan ilmu yang cukup sama ada pendidikan yang bersifat
formal atau tidak formal. Pendidikan formal di kebanyakkan masa dipelajari
secara langsung di sekolah manakala yang tidak formal di pelajari secara tidak
langsung dari keluarga, rakan-rakan dan guru.
Semestinya, kita sebagai ibu bapa
mahukan yang terbaik untuk pendidikan anak-anak dan menjadi tanggungjawab untuk
mempersiapkan mereka. Antara ilmu dan kemahiran yang penting untuk di beri
penekanan adalah kemahiran mengira dan ilmu berkenaan wang. Ini antara aspek
penting bagi anak-anak anda mempelajari bagaimana cara untuk mempunyai kehidupan
yang lebih baik, berdikari, mengetahui bagaimana untuk mengawal perbelanjaan
dan mempunyai peluang menjana ekonomi yang lebih baik di masa hadapan dengan didikan
kemahiran pengurusan kewangan yang betul di awal usia.
Jadi, bagaimana cara untuk anda mempersiapkan anak-anak di awal usia untuk celik kewangan? Untuk artikel topik kali ini saya akan berkongsi tips dan cara dalam beberapa siri yang berbeza. Bagi entry kali ini, saya akan mulakan dengan perkembangan kemahiran mengira dan matematik mengikut usia. Suka untuk saya tekankan setiap anak mempunyai kadar perkembangan yang berbeza walau bagaimanapun, perkembangan di bawah adalah panduan umum mengikut usia (development milestone)
BAYI (1 BULAN – 12 BULAN)
- Mula belajar rentak dan turutan selepas sesuatu perkara berlaku. Contoh, melihat air yang mengalir bermaksud waktu mandi
- Mula memahami asas sebab dan akibat. Contoh, menggoncang mainan akan menghasilkan bunyi.
- Mula belajar kategorikan barang dalam bentuk paling mudah. Contoh, mainan yang berbunyi, mengeluarkan cahaya dan tidak.
- Mula memahami saiz relative, besar, kecil. Perkataan yang menggambarkan kuantiti, banyak, sedikit, cukup.
KANAK-KANAK (13 BULAN – 3 TAHUN)
- Mula memahami konsep “berapa” bagi penggunaan nombor asas (1-10) dan menunjukkan menggunakan jari tangan.
- Mula belajar menyebut nombor, tak semestinya betul dan mengikut urutan.
- Mula memahami konsep bahasa matematik asas, yang menunjukan bagaimana sesuatu objek berkaitan antara satu sama lain. Contoh, bawah, belakang, berat, ringan, laju, perlahan.
- Mula belajar konsep “matching” bentuk asas, bulat, segi tiga, segi empat.
- Mula explore konsep ukuran. Contohnya, isi barang dalam bekas kosong.
- Mula belajar melihat pattern, rutin dalam kehidupan seharian. Contoh, bentuk kereta, corak lantai, bentuk sesuatu objek.
PRA-SEKOLAH (3 TAHUN – 5 TAHUN
- Mengenal bentuk bersesuaian dalam kehidupan seharian. Contoh, bentuk bola ialah bulat.
- Mula menyusun objek mengikut kategori, warna, bentuk, size.
- Membanding dan mencari persamaan antara objek, contoh tinggi, size, jantina.
- Mengira sekurang-kurangnya sehingga nombor 20, dan objek dalam sesuatu barang
- Memahami nombor angka bersamaan dengan perkataan. Contoh 5 = Lima
- Guna kemahiran melibatkan “spatial awareness”. Orientasi sesuatu objek. Kemahiran asas kepada kebolehan melihat 2D, 3D objek.
- Mula belajar menjangka perkara yang akan berlaku akibat sesuatu perbuatan. Contoh, menjatuhkan gelas ke lantai, gelas akan pecah.
TADIKA (6 TAHUN)
- Mula mengira menggunakan jari dan kedua belah tangan – 1,2,3,4,5,6.7…
- Mula mengenal perbezaan konsep nombor yang lebih besar dan kecil.
- Melukis,menyalin bentuk simetri, asas bacaan peta untuk cari benda tersembunyi
- Mula memahami konsep hari, perubahan cuaca, malam, siang
- Mengikut arahan yang yang mempunyai kombinasi lebih dari satu arahan.
TAHUN 1 & 2 (7 TAHUN & 8 TAHUN)
- Tahu bezakan antara 2D, 3D bentuk asas dan nama.
- Mengira 0-100, tulis dan kenal 0-100
- Membuat pengiraan simple asas matematik tambahan, penolakan
- Mengenal nilai duit syiling, mengira matematik mudah, duit
·
TAHUN 3 (9 TAHUN)
- Mula mengira menggunakan pensil dan kertas untuk menyelesaikan masalah matematik
- Mula belajar pengiraan duit yang lebih kompleks dan besar.
Ini adalah sedikit panduan umum bagaimana kemahiran matematik asas dan perkembangan mengikut usia. Justeru itu, anda boleh gunakan panduan umum ini dalam mengajar anak anda tentang konsep wang, nombor sebelum saya berikan tips bagaimana mengajar anak anda untuk celik kewangan sedari awal usia dalam entry akan datang.
Dalam satu kajian disebuah institusi pengajian tinggi di Canada mendapati hampir 90% graduan menghadapi masalah dalam pengiraan bajet kewangan dan terikat dengan hutang belajar. Berita penuh bagi masalah yang di hadapi generasi muda di Canada boleh di akses dari pautan ini. Canada Poll on Financial Literacy Senario yang sama juga berlaku di Malaysia dengan statistik kebankrapan kebanyakkan graduan muda akibat hutang tanpa keperluan dan kemahiran pengurusan kewangan yang masih rendah. Ini membuktikan kebanyakkan dari kita mempunyai kemahiran "celik kewangan' atau Financial Literacy yang lemah walaupun mempunyai pendidikan formal yang tinggi.
Jangan lupa untuk klik dan follow akuan social media rasmi kami di Twitter dan Facebook
Dalam satu kajian disebuah institusi pengajian tinggi di Canada mendapati hampir 90% graduan menghadapi masalah dalam pengiraan bajet kewangan dan terikat dengan hutang belajar. Berita penuh bagi masalah yang di hadapi generasi muda di Canada boleh di akses dari pautan ini. Canada Poll on Financial Literacy Senario yang sama juga berlaku di Malaysia dengan statistik kebankrapan kebanyakkan graduan muda akibat hutang tanpa keperluan dan kemahiran pengurusan kewangan yang masih rendah. Ini membuktikan kebanyakkan dari kita mempunyai kemahiran "celik kewangan' atau Financial Literacy yang lemah walaupun mempunyai pendidikan formal yang tinggi.
Jangan lupa untuk klik dan follow akuan social media rasmi kami di Twitter dan Facebook