Kegagalan ICO: Apa Puncanya? - Market Demon

Wednesday, March 28, 2018

Kegagalan ICO: Apa Puncanya?



Ledakan harga cryptocurrency pada hujung tahun 2017 bukan sahaja membuatkan beberapa coin ternama seperti Bitcoin dan Ethereum menjadi tajuk utama akhbar, ia juga menyaksikan banyak projek baru berasaskan ICO (Initial Coin Offering) yang dilancarkan. Apa itu ICO? Rujuk artikel: Penerangan Ringkas ICO vs IPO

Menurut perangkaan, jumlah ICO yang dilancarkan sepanjang tahun lepas sahaja mencecah USD5.6 billion. Disebalik peningkatan dana itu, terdapat juga beberapa projek yang statusnya masih dalam teka-teki dan ada gagal.
Justeru, penting bagi kita untuk menilai status semasa keberkesanan pelaburan dalam ICO atau adakah kegagalan ICO-ICO ini akan berterusan sepanjang 2018 atau tidak.

Kriteria yang penting sebelum membuat keputusan untuk melabur dalam ICO sesuatu projek, anda harus menilai secara terperinci Whitepaper sesuatu ICO. Ia untuk memastikan projek berkenaan mempunyai potensi untuk berkembang dimasa hadapan.
Masih tidak pasti apa itu Whitepaper? sila rujuk artikel Penerangan Kepada Cryptocurrency untuk penerangan lanjut.

Hasil Kajian
Menurut kajian terbaru, 418 (bersamaan 46%) crowdsale baru yang disenaraikan di Tokendata pada 2017 telah gagal. 142 gagal diperingkat ICO, dan selebihnya gagal diperingkat post-ICO. Malah terdapat 113 lagi ICO yang dikenalpasti menjurus ke arah kegagalan.

Jika dilihat dari sudut pandang perniagaan, ia bukanlah satu angka yang mengejutkan. Lazim, terdapat banyak perniagaan yang gagal diperingkat permulaan. Namun, kegagalan ICO dilihat berlaku lebih pantas berbanding model perniagaan tradisional mahupun perniagaan dalam sektor teknologi tinggi.

Faktor Kegagalan ICO

1. Idea Yang Tidak Menarik
Perkara pertama yang boleh menarik minat pelabur adalah idea disebalik ICO tersebut. Samada ia boleh memberi manfaat atau menyelesaikan masalah dan mengaplikasikannya di dalam dunia nyata. Malangnya, banyak projek yang dilancarkan tidak mempunyai idea yang meyakinkan sejak awal lagi.

Sebagai contoh, walaupun dua syarikat besar, Silber Pfeil Energy Drink dan Mercedes bergabung untuk melancarkan ICO mereka (AMG Token) pada 2017, tetapi mereka gagal untuk meraih dana. Mengapa ini berlaku?

Idea mereka adalah, dengan setiap setin air Energy Drink Silberpfeil yang terjual, penjual akan menerima satu token ICO. Menarik bukan? Konsep "Earning tokens as a reward" adalah idea yang bagus. Keseluruhan konsep menggunakan cryptocurrency untuk membeli setin minuman tenaga adalah tidak praktikal untuk kebanyakan pengguna. Maka secara keseluruhan, projek ini gagal untuk memberi gambaran positif dan keyakinan kepada pelabur. Akhirnya, projek ini gagal untuk melepasi fasa past ICO.


2. Isu Teknologi
Banyak projek berkaitan ICO pada 2017 mempunyai isu dari segi teknologi (security and scalability) sejak dari awal lagi dan membuatkan ia gagal menarik minat pasaran.
The DAO, projek yang dilancarkan pada 2016 merupakan kegagalan terbesar dalam industry cryptocurrency setakat ini (dari segi jumlah dana yang diraih). Punca utamanya ialah kelemahan dari segi security.


Antara April hingga Mei 2016, projek ini meraih 11.5 juta ETH (berbentuk asset). Walaubagaimanapun, selepas serangan siber pada 16 Jun 2016 yang mengakibatkan kehilangan 3.6 juta ETH, projek ini terus dirundung malang.
Biarpun platform The DAO menjanjikan decentralization and transparency, ia gagal untuk mengekalkannya selepas banyak berlakunya eksploitasi dari segi sekuriti.

Industri crypto kini masih lagi sedang "berevolusi" dan terus cuba mencari penambahbaikan. Dengan kejatuhan The DAO, muncul lebih banyak projek yang menawarkan penyelesaian terbaik kepada decentralization  dan masa depan crypto. Kegagalan The DAO merupakan satu yang wajar dijadikan pengajaran. Walaupun sesuatu projek itu mempunyai asas teknologi yang baik dan meyakinkan, tetapi tanpa pelaksanaan dan pemantauan yang menyeluruh, ia boleh gagal. Oleh itu, adalah penting untuk mengkaji aspek teknikal sesuatu projek sebelum membuat pelaburan dalam sesuatu ICO.

3. Perbezaan Antara Negara
Asas utama dalam cryptocurrency adalah untuk mewujudkan satu sistem kewangan global. Namun, tidak semua ICO yang dilancarkan berjaya disemua negara.
Sebagai contoh, projek yang dilancarkan di negara membangun, mempunyai peratusan kejayaan yang rendah berbanding negara maju.

Menurut laporan yang dikeluarkan Tokendata, banyak ICO yang dilancarkan di Afrika menemui kegagalan. Sebagai contoh, Tingo Coin yang memfokuskan "Africa’s first Agricultural VAS-backed blockchain option", merupakan punca utama mengapa ICO itu gagal di samping isu lain seperti saiz team yang kecil dan sebagainya.

Setakat Mac 2018, Africa tidak termasuk dalam senarai Top 10 negara yang menjadi tempat pelaburan ICO. Tambahan pula, sukar untuk melancarkan ICO dan mengadaptasikan cryptocurrency berasaskan pertanian di Africa tanpa perlu ada sejumlah besar pelabur. Pelabur luar yang ingin melabur dalam sektor pertanian juga agak kurang.

Secara keseluruhan, jika sesuatu cryptocurrency itu dihadkan kepada sesuatu bentuk penggunaan, ataupun dihadkan di dalam sesuatu negara tertentu, itu akan membuatkan projek itu menuju kegagalan sebelum ia bermula..
Namun, jika cryptocurrency yang ingin dilancarkan bersifat umum atau terlalu terhad dalam pasaran tertentu, ia juga berpotensi untuk menemui kegagalan.


Kesimpulan
Melabur dalam ICO mempunyai risiko tersendiri. Jadi, penting bagi anda untuk menilai keseluruhan projek dari segala aspek sebelum membuat pelaburan. Jika anda bercadang untuk HODL pelaburan anda, anda seharusnya menilai samada projek itu mampu bertahan lama atau tidak

Biarpun dipalit oleh siri-siri kegagalan ICO, ICO masih belum berakhir. Bahkan ia adalah satu permulaan untuk lebih banyak lagi ICO berkualiti dilancarkan. Kegagalan diperingkat startup boleh dikatakan normal bagi setiap pasaran.

Adakah akan ada lebih banyak lagi ICO yang gagal? YA, tetapi itu bukan faktor utama mengapa pelabur harus berhenti melabur. Prinsip pelaburan kekal sama.

Ia cuma satu permulaan untuk sebuah penambahbaikan.

Sumber: Coincentral