Kesalahan berikut kerap dibuat oleh pemain pasaran, bukan sekali, tetapi berulang kali. Peluang kejayaan anda dalam pasaran akan meningkat dengan ketara sekiranya anda mengetahui kesilapan tipikal ini dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengelakkannya.
7. Day Trading
Sekiranya anda lihat semua pemain pasaran terbaik di dunia dan saya yakin anda tidak akan menemui seorang pun yang terlibat dalam dagangan harian (day trading). Pelaburan pintar tidak sama dengan intra-day trading.
Walaupun anda menemui kejayaan awal sebagai day trader, untuk jangka masa panjang anda akan tewas. Seperti pemenang kasino di Las Vegas, pasaran tahu bahawa semakin lama anda bermain dalam dagangan harian, peluang sangat tinggi untuk anda hilang kesemua keuntungan yang anda perolehi sebelum jni.
6. Over-diversification
Sudah tentu, setiap pakar akan menasihatkan anda supaya mempelbagaikan portfolio anda. Mereka betul (walaupun ada sesetengah pemain terbaik dunia tidak bersetuju dengan cara ini), tetapi ada satu perkara yang mereka tidak beritahu anda.
Sebagai contoh, andaikan anda mempunyai RM200 untuk melabur. Anda melakukan 40 pembelian berbeza, setiap satu RM5. Tahu tak? Sekarang anda telah menaikkan yuran dagangan yang besar yang menjadikan portfolio anda bermula dalam kerugian yang besar. Yep, lebih banyak position yang anda buka, lebih banyak yuran yang anda perlu bayar. Walaupun satu atau dua pembelian anda "meroket," ianya tidak berbaloi kerana position yang anda pegang hanya kecil dalam keseluruhan portfolio anda.
5. Keputusan Pelaburan Berdasarkan Emosi
Position (coin atau stock) anda turun beberapa peratus hari ini dan anda panik. Bertenang dan jangan berbuat apa-apa semasa dalam keadaan fikiran seperti ini. Siasat terlebih dahulu sebab-sebab penurunan berlaku.
Dalam pasaran tradisional seperti foreign exchange (Forex) kerap berlaku situasi di mana, pasaran jatuh, disebabkan panik trader melakukan cut loss tanpa melakukan kajian terlebih dahulu apa sentimen yang sedang terjadi. Sebaik sahaja mereka cut loss, pasaran kembali pulih seperti biasa. Bukankah satu kerugian membuat keputusan melulu? Bayangkan jika anda melakukan kesilapan yang sama berulang kali, berapa banyak kerugian yang anda terpaksa tanggung disebabkan gagal mengawal emosi?
4. Terlalu Bergantung Pada Orang Lain
Ramai pemain pasaran terutamanya yang baru, membayar lebih banyak untuk perkhidmatan pelaburan, sebagai contoh khidmat analisis, perkongsian signal dagangan, dan sebagainya. Perkhidmatan seperti ini sebenarnya tidak perlu.
Pertama, anda untung atau rugi, penyedia signal analisis tetap meraih keuntungan dari langganan signal. Kedua, jika anda melakukan sendiri homework, anda dapat membuat keputusan pelaburan atau dagangan anda sendiri. Setiap kesilapan dalam pasaran akan memberi pengajaran terbaik untuk anda. Ketiga, jika anda terlalu bergantung pada nasihat pelaburan, anda tidak pernah benar-benar bebas dan mampu mengawal kehidupan anda terutamanya dari segi kewangan.
Ketahui cara melabur untuk diri sendiri dan anda tidak perlu bergantung kepada nasihat pelaburan yang membazir wang anda! Cari ilmu dan dalam proses menuntut ilmu, jangan bongkak. Perjalanan untuk menjadi pemain pasaran yang berjaya sangat berliku. Rendahkan ego.
Ketahui cara melabur untuk diri sendiri dan anda tidak perlu bergantung kepada nasihat pelaburan yang membazir wang anda! Cari ilmu dan dalam proses menuntut ilmu, jangan bongkak. Perjalanan untuk menjadi pemain pasaran yang berjaya sangat berliku. Rendahkan ego.
3. Kurang Sabar
Tahukah anda kunci kejayaan adalah kesabaran walau apa pun bidang yang anda ceburi, lebih-lebih lagi pasaran kewangan. Tidak ada kejayaan segera. Dengar dengan teliti.
Jangan kejar pasaran (FOMO) dan biarkan ketamakan menguasai diri anda. Ingat, peluang pelaburan baru sentiasa datang walaupun anda terlepas beberapa peluang. Lihat apa kata mereka sebelum Bitcoin jatuh,
Inilah peluang terbaik untuk beli Bitcoin pada harga yang rendah ($17,000), lepas ni Bitcoin akan naik $50,000.
Tidak lama selepas itu, Bitcoin jatuh mendadak. Dialog di atas benar-benar berlaku, bukan rekaan.
2. Expectation Yang Tidak Realistik
Elakkan meletakkan harapan yang tidak realistik atau mustahil dalam sebarang pelaburan. Perbuatan ini akan menghancurkan anda. Lebih-lebih lagi apabila anda terlibat dalam margin trading. Atau pun, dengan modal $100, anda mengharapkan pulangan $100,000,000 dalam masa yang singkat.
1. Tiada Pelan Atau Strategi
Tanpa pelan dan strategi, anda tidak akan memperolehi pengalaman dari proses dagangan untuk dipelajari. Sekiranya anda untung, anda hanya untung. Sekiranya anda rugi, anda hanya rugi.
A failure to plan is a plan to fail.
Jangan lupa ikuti Twitter Market Demon