Tinjauan Menunjukkan Pelabur BTC di AS Telah Mengalami Kerugian Sebanyak $1.7 Bilion. - Market Demon

Saturday, January 19, 2019

Tinjauan Menunjukkan Pelabur BTC di AS Telah Mengalami Kerugian Sebanyak $1.7 Bilion.

Image result for bitcoin investor lost

Kali ini saya, Loqman akan membawa kupasan berita mengenai pelabur di AS yang telah mengalami kerugian sebanyak $1.7 Billion dan terpaksa menjual BTC mereka kerana tidak mahu menanggung kerugian yang lebih banyak dan tinjauan ini telah dijalankan oleh syarikat kewangan peribadi Credit Karma. 

Dalam kaji selidik tersebut, sebanyak 53 peratus rakyat Amerika telah merancang untuk melaporkan keuntungan dan kerugian Bitcoin mereka, manakala 19 peratus masih belum membuat keputusan. Kaji selidik itu juga mendapati bahawa 35 peratus daripada peserta yang menjual kripto mereka dalam keadaan kerugian dan masih tidak melaporkan kerugian mereka atas pulangan cukai mereka.

Selain itu, sebanyak 35 peratus daripada pelabur A.S. Bitcoin yang dikaji percaya bahawa mereka tidak dikehendaki melaporkan keuntungan atau kerugian mereka, dan 58 peratus tidak menyedari bahawa mereka boleh menuntut potongan cukai diatas kerugian mereka. Kerugian dikatakan kini telah berjumlah $ 5.7 bilion.

Lebih separuh (55 peratus) daripada pelabur Bitcoin yang dikaji tidak berminat untuk melaporkan transaksi mereka dan antara faktornya adalah mereka merasakan bahawa mereka tidak dikehendaki melakukannya.


No comments: