Biar saya ceritakan rahsia mengenai pasaran. Saya memiliki satu ilmu tentang rahsia jutawan Forex dari rumah. Ianya lengkap dari A-Z yang dapat membantu anda menjana pendapatan pasif hanya trade dari rumah sehingga menjadi jutawan senyap. Ramai orang telah berjaya membuat jutaan dollar dengan teknik ini. Anda juga boleh melakukannya. Bunyinya sangat menarik, kan? Bagaimana caranya?
Nah, sebenarnya tiada kaedah rahsia untuk berjaya. Ramai orang boleh mengalami kerugian jika percaya pada kewujudan teknik-teknik seumpama itu. Terdapat pelbagai jenis teknik yang boleh dipelajari. Tapi teknik hanya sebahagian dari metodologi. Dalam teknikal analisis, terdapat dua pecahan utama :
- Trend following
- Trend predicting
Kedua-duanya menjuruskan anda ke arah "meneka" pergerakan harga pada masa hadapan berdasarkan keadaan pasaran pada masa lalu dan masa sekarang. Tetapi, adakah ia memberitahu anda :
- Bagaimana untuk melindungi capital anda sekiranya pasaran bergerak bertentangan dari analisis?
- Bila dan bagaimana anda mengambil keuntungan?
- Berapa banyak yang anda beli atau jual apabila anda mendapat confirmation signal?
- Apakah pasaran yang sesuai dengan teknik anda atau ia berfungsi untuk semua jenis pasaran?
Paling penting anda perlu bertanya kepada diri sendiri :
- Adakah kaedah tersebut sesuai dengan anda?
- Adakah anda boleh menggunakannya untuk trade?
- Adakah ia sepadan dengan objektif pelaburan anda?
- Adakah ia sesuai dengan personaliti anda?
Apabila seseorang trader melakukan deposit pertama, tidak kira berapa nilainya, dia akan mula ketagihan. Walaupun selepas itu dia mengalami kerugian, total loss, dalam kebanyakan kes mereka akan mempertahankan kepercayaan mereka :
Saya tak akan berputus asa. Orang lain boleh berjaya, saya juga boleh melakukannya.
Secara umumnya, kebanyakan orang mengalami kerugian lebih banyak dari keuntungan yang mereka perolehi. Mereka beranggapan terdapat teknik atau ilmu yang masih belum mereka jumpa. Mereka mula mencari apa sahaja metodologi rahsia yang akan memberikan mereka kekayaan yang tak terhingga. Mereka menyertai pelbagai seminar dan kelas. Bertukar ganti guru dan mentor. Tapi kebiasaannya apa yang mereka akan jumpa hanya perkara yang sama, apa yang mereka telah belajar bertahun-tahun dahulu. Mereka tidak putus asa, terus mencari dan proses ini akan terus berjalan selama bertahun-tahun sehingga mereka berputus asa, kehabisan semua wang, atau mereka benar-benar mempelajari makna sebenar disebalik metafora "Holy Grail."
Holy Grail Benar-Benar Wujud
Adakah teknik holy grail benar-benar wujud? Jawapannya, ya. Apabila anda memahami makna disebalik metafora holy grail, anda akan memahami rahsia untuk membuat keuntungan secara konsisten dalam pasaran. Sekiranya anda mengikuti orang ramai sebagai pelabur, anda mungkin boleh membuat keuntungan dalam trend tertentu. Tetapi secara keseluruhannya anda akan kerugian. Sebagai contoh apa yang berlaku dalam komuniti Cryptocurrency semasa cryptomania. Kebanyakan yang terlibat adalah mereka yang tidak mempunyai pengalaman dan ilmu yang cukup dalam pasaran. Mereka tahu tentang fundamental, mereka boleh menceritakan dengan baik tentang teknologi disebalik blockchain dan berkongsi dengan anda maklumat serba lengkap mengenai sesuatu cryptocurrency tetapi mereka tidak tahu bagaimana pasaran beroperasi.
Kebanyakan dari mereka berjaya membuat keuntungan yang besar pada tahun 2017. Ketika itu ramai amatur yang merasakan seolah-olah mereka sudah cukup handal apabila setiap hari pasaran cryptocurrency memecah rekod All Time High (ATH). Segala-galanya sangat mudah pada masa itu, anda tutup mata dan tekan buy, keesokan harinya wang anda naik berganda-ganda. Apa yang berlaku selepas 2017, pasaran jatuh ketika kebanyakan amatur belum bersedia. Bertambah malang apabila pakar segera yang baru muncul pada tahun 2016-2017 memberi nasihat supaya teruskan buy dan hodl kerana harga Bitcoin akan naik semula selepas musim perayaan. Sekarang sudah hampir dua kali Chinese New Year, aku tanya apa khabar?
Untuk berjaya sebagai peserta pasaran, anda perlu menjadi trader yang berfikir secara bebas dan unik. Anda tidak boleh mengikuti nasihat dan pendapat orang ramai kerana majoriti adalah loser. Realitinya, lebih dari 60% peserta pasaran adalah mereka yang gagal. Jadi, tidak rasional untuk mengikut nasihat dan pendapat dari orang ramai. Keuntungan sebenarnya dibuat dengan membangunkan idea anda dan mengikuti kaedah yang direka sesuai dengan personaliti anda. Kebanyakan trader mempunyai keinginan yang kuat untuk sentiasa betul dalam setiap trade yang mereka lakukan. Oleh kerana itu, mereka mencari beberapa teknik yang boleh memberikan mereka kawalan ke atas pasaran. Walau bagaimanapun, keuntungan sebenar dibuat dari kepintaran menguruskan keuntungan dan kerugian. Ini memerlukan seseorang trader benar-benar faham dengan apa yang berlaku dalam pasaran.
Mungkin terdapat ratusan ribu trading system yang boleh memberikan keuntungan. Tetapi kebanyakan orang tidak akan mengikuti sistem yang digunakan mereka. Kenapa? Jawapannya kerana sistem itu tidak sesuai dengan personaliti mereka. Rahsia untuk berjaya sebagai trader adalah membina atau menggunakan sistem yang sesuai dengan personaliti anda.
Apa makna menjadi trader atau investor kepada anda? Anda bermain permainan kehidupan. Kadang-kadang anda menang dan kadang-kadang anda kalah. Jadi, ada akibat dari kedua-duanya. Anda perlu menerima kedua-duanya, kesan positif dan kesan negatif. Untuk menerimanya, anda perlu mencari satu tempat istimewa dalam diri anda. Dari sudut pandang ini, untung atau rugi adalah sebahagian dari proses. Anda perlu bersedia menerima kedua-duanya. Apabila anda berjaya menerima kedua-duanya, anda akan menemui rahsia sebenar Holy Grail.
Sekiranya anda sukar untuk menerima kerugian dan kesilapan, selama-lamanya anda tidak akan berjaya sebagai trader atau investor. Saya seorang full time trader, saya meninggalkan kerjaya lama saya yang saya anggap sudah cukup selesa pada masa itu untuk mencari cabaran baru. Saya mula membuat keuntungan secara konsisten dalam pasaran selepas saya berjaya menerima kesilapan dan kerugian yang saya buat. Jujurnya, sehingga pada tahap sekarang saya sendiri masih tidak lari dari kesilapan dan kerugian tetapi pada akhirnya saya sentiasa mampu withdraw secara konsisten setiap bulan. Bahkan, jika keadaan menyebelahi hampir setiap minggu. Semuanya hasil dari kemahiran menguruskan keuntungan dan kerugian. Kemahiran bermain dengan risiko.
Jika anda tidak dapat menerima kerugian, anda akan terus bertahan dalam kesilapan dan tidak mungkin dapat keluar dari position anda ketika anda melakukan kesalahan. Kerugian kecil pada awalnya, lama-kelamaan akan menjadi beban yang tidak terpikul oleh anda. Lebih penting lagi, jika anda tidak bersedia untuk menerima kesilapan, maka anda tidak dapat menyesuaikan diri dengan mana-mana trading system yang baik yang boleh memberi anda keuntungan untuk jangka panjang.
No comments:
Post a Comment