Black swan merujuk kepada peristiwa atau kejadian yang berlaku menyimpang dari kebiasaannya. Peristiwa ini berlaku secara tidak dijangka dan sukar untuk diramalkan. Black swan selalunya terjadi secara rawak. Istilah black swan dipopularkan oleh Nassim Nicholas Taleb, yang merupakan seorang profesor kewangan, penulis, dan bekas trader Wall Street.
Idea tentang black swan mula dipelopori oleh Nassim selepas krisis kewangan 2008. Beliau berhujah bahawa black swan adalah mustahil untuk diramalkan. Oleh itu, sangat penting bagi kita untuk menganggap bahawa apa saja mungkin terjadi dan membuat perancangan awal sewajarnya.
Istilah ini digunakan bagi merujuk kepada kepercayaan pada masa lalu. Pada zaman dahulu, manusia percaya bahawa semua angsa berwarna putih. Kepercayaan yang menebal ini akhirnya hilang selepas angsa hitam pertama ditemui. Nassim menyatakan bahawa peristiwa black swan bergantung kepada pemerhati.
Nassim menghabiskan masa selama 21 tahun di Wall Street sebagai trader. Beliau membangunkan model komputer untuk institusi kewangan. Sejak itu, beliau telah menulis satu esei panjang yang dipecahkan kepada tiga bahagian melalui buku-bukunya :
- The Black Swan: The Impact of the Highly Improbable.
- Fooled by Randomness: The Hidden Role of Chance in Life and in the Markets.
- Antifragile: Things That Gain from Disorder.
Contoh Peristiwa Black Swan
Kejatuhan pasaran perumahan di Amerika Syarikat semasa krisis 2008 adalah salah satu acara black swan yang paling popular. Dari peristiwa itu, seluruh pasaran dan ekonomi dunia menerima impaknya. Juga pada tahun 2008, Zimbabwe mengalami krisis hiperinflasi terburuk pada abad ke-21. Kadar inflasi melebihi 79.6 bilion peratus. Tahap inflasi seperti itu hampir mustahil untuk diramalkan dan dapat merosakkan kewangan negara dengan mudah.
Dot-com bubble yang berlaku pada tahun 2001 merupakan satu lagi contoh peristiwa black swan. Sebelum itu, Amerika Syarikat menikmati pertumbuhan ekonomi yang pesat. Memandangkan revolusi internet masih terlalu awal dan belum digunakan dengan meluas secara komersil, banyak dana pelaburan melabur dalam syarikat teknologi. Ini menyebabkan pasaran melambung tinggi sehingga mewujudkan keadaan yang dipanggil sebagai "castle in the air." Gelombang digital pada ketika itu masih baru dan hampir mustahil untuk meramalkan ia akan mengalami kejatuhan.
"The three most harmful addictions are heroin, carbohydrates, and a monthly salary." - Nassim Taleb
Jangan lupa ikuti kami di Twitter Market Demon
No comments:
Post a Comment