Kisah The Man Who Broke The Bank of England, George Soros - Market Demon

Wednesday, January 16, 2019

Kisah The Man Who Broke The Bank of England, George Soros

George Soros
Sejarah Peribadi
George Soros mula dikenali pada September 1992 apabila beliau berjaya mengutip keuntungan sebanyak $10 bilion dalam satu trade melawan British Pound. Dalam peristiwa tersebut, beliau mendapat jolokan "The Man Who Broke The Bank of England" dan "The Man Who Shorted The British Pound."

Kerjaya Soros bermula awal sebelum peristiwa bersejarah tersebut. Pada tahun 1947, ketika di usia remaja, beliau melarikan diri dari Hungary menuju ke England. Di England, beliau mendapat pendidikan di London School of Economics dan bekerja di sebuah bank pelaburan selepas itu. Pada tahun 1956, Soros terbang ke Amerika Syarikat dan bekerja sebagai penganalisis dan pengurus pelaburan di firma F.M. Mayer (1956-59), Wertheim & Company (1959-63) dan Arnhold & S. Bleichroeder (1963-1973).

Menjelang tahun 1973, Soros menubuhkan hedge fund sendiri dikenali sebagai Soros Fund Management. Soros Fund Management kemudian dijenamakan semula menjadi Quantum Fund. Soros menguruskan Quantum Fund menjadi sebuah hedge fund yang agresif dan berjaya. Setiap tahun beliau berjaya membawa pulang keuntungan purata sebanyak 30%. Dalam peristiwa berasingan, Soros turut mencatat keuntungan melebihi 100%.

Bermula pada penghujung tahun 1980, setelah mencapai kekayaan, Soros beralih tumpuan kepada usaha-usaha kebajikan melalui yayasan yang diasaskannya iaitu Open Society Foundation. Di samping kerja-kerja kebajikan, beliau turut aktif berpolitik. Beliau berbicara dan menulis secara meluas pandangannya mengenai Amerika Syarikat dan hal ehwal politik dunia. 

Falsafah Pelaburan
Soros mempunyai kemampuan yang istimewa. Beliau beroperasi sebagai spekulator jangka pendek dan biasanya akan membuat pertaruhan besar mengikut trend. Soros memberi tumpuan pada kapasiti manusia dalam konteks emosi dan psikologi dalam membuat keputusan pelaburan. 

Walaupun Soros secara umumnya mengikut trend pelaburan, beliau juga sentiasa mencari peluang untuk bertindak secara kontrarian. Sekiranya peluang itu ditemui, ia akan menjadi satu peristiwa yang besar dan memberi hasil yang lumayan. Soros turut membuat keputusan pelaburan berdasarkan nalurinya, ini menjadikan strategi pelaburan yang digunakan oleh Soros sebagai model yang sukar untuk ditiru.

"It's not whether you're right or wrong that's important, but how much money you make when you're right and how much you lose when you're wrong."




No comments: