Kisah The Greatest Investor Stanley Druckenmiller - Market Demon

Tuesday, January 15, 2019

Kisah The Greatest Investor Stanley Druckenmiller

Stanley Druckenmiller
Dalam artikel kali ini saya akan berkongsi kisah tentang seorang trader yang dibimbing oleh George Soros, namanya ialah Stanley Freeman Druckenmiller. Stanley merupakan portfolio manager bagi Quantum Fund, sebuah hedge fund yang dimiliki oleh Soros. Stanley telah bekerja bersama Soros lebih dari satu dekad. Dalam masa yang sama, beliau turut menguruskan hedge fund miliknya sendiri iaitu Duquesne Capital. 

Kehidupan Awal
Dilahirkan pada 14 Jun 1953. Stanley dibesarkan di pinggir bandar Philadelphia dan kemudian berpindah ke Virginia. Beliau mendapat ijazah dari Bowdoin College pada tahun 1975. Stanley tidak sempat menamatkan Ph.D beliau dalam ekonomi kerana mendapat tawaran kerja sebagai oil analyst di Pittsburgh National Bank. Berikut merupakan apa yang dikongsikan oleh Stanley ketika menceritakan kisah permulaan kerjayanya dalam dunia kewangan :

Saya mendapati program (di universiti) tersebut terlalu kuantitatif dan teoritikal, hanya sedikit penekanan dalam aplikasi kehidupan sebenar. Saya sangat kecewa dan digugurkan pada semester kedua. Saya memohon menjadi pelatih pengurusan di Pittsburg National Bank dengan idea bahawa program ini akan memberi saya gambaran yang lebih luas yang akan membantu saya menentukan bidang tumpuan seterusnya. 
Saya telah berada di bank tersebut selama beberapa bulan. Pada suatu hari saya menerima panggilan daripada pengurus. Katanya, saya dengar awak menghadiri Universiti Michigan. Apabila saya mengesahkannya, beliau berkata, hebat. Beliau bertanya sama ada saya mempunyai M.B.A. Saya memberitahunya bahawa saya tidak memiliki M.B.A. Beliau berkata, itu lebih baik, anda diterima bekerja.

Menjelang tahun 1978, Stanley dilantik menjadi ketua kumpulan penyelidik ekuiti. 3 tahun kemudian, beliau mengambil keputusan berhenti kerja dan menubuhkan firmanya sendiri iaitu Duquesne Capital Management. Pada tahun 1988, George Soros meminta Stanley membantunya di Quantum Fund. Mereka bekerjasama sehingga tahun 2000. Stanley berpisah dengan Soros setelah beliau melakukan beberapa kesilapan pelaburan dalam sektor teknologi. 

Pada tahun 2010, Stanley mengumumkan penutupan Duquesne Capital. Beliau menjelaskan bahawa jika meneruskan dana itu, beliau terpaksa berdepan dengan tekanan emosi yang tinggi. Walau bagaimanapun, untuk rekod Duquesne Capital sangat cemerlang. Stanley berjaya membawa pulang purata pulangan tahunan kira-kira 30%.

Dagangan Terbesar
Semasa menjadi trader di Quantum Fund, Stanley membuat dua pertaruhan yang signifikan dalam mata wang Jerman. Trade pertama dilaksanakan semasa Tembok Berlin diruntuhkan. Mata wang Jerman telah mengalami penyusutan nilai dengan ketara ketika itu. Stanley meletakkan pertaruhan berjuta-juta dollar pada saham dan bond. Kemudian beliau membeli dua bilion German Marks. Position yang diambil beliau membantu Quantum Fund mendapat pulangan sebanyak 60%.

Stanley Druckenmiller bersama George Soros
Perdagangan besar berikutnya berlaku beberapa tahun kemudian ketika Soros mengambil position short pada Pound Sterling dalam trade bersejarah pada tahun 1992. Dalam peristiwa tersebut, Soros berjaya mengukir nama sebagai The Man Who Broke The Bank of England. Stanley tahu tindakan Soros akan menyebabkan Pound Sterling mengalami kejatuhan berbanding German Mark.  Kejatuhan nilai Pound akan menyebabkan kenaikan nilai eksport, berbanding pesaingnya di Eropah. Stanley telah membeli bond Jerman. Ini menyebabkan terjadi lebihan keuntungan untuk Quantum Fund, yang mana sebelum ini telah memperolehi sejumlah besar keuntungan melalui Soros.

Kesilapan Epik
Stanley Druckenmiller mungkin merupakan salah seorang lagenda Wall Street paling berjaya tetapi seperti orang lain, beliau juga tidak lari dari melakukan kesilapan. Salah satu kesilapan paling terkenal Stanley terjadi pada penghujung tahun 1990-an apabila beliau menjadi FOMO (fear of missing out), ketika saham teknologi terus melonjak melampaui jangkaan. 




Jadi, apa pengajaran yang Stanley perolehi dari pengalaman yang berharga ini? Kata beliau,

Saya tidak belajar apa-apa. Saya sudah tahu bahawa saya tidak sepatutnya melakukannya. Saya hanya dipengaruhi oleh emosi dan saya tidak dapat membantu diri saya sendiri.

Strategi Perdagangan Stanley Druckenmiller
Sebenarnya tiada siapa tahu strategi sebenar yang digunakan oleh Stanley. Walau bagaimanapun, dari maklumat yang dikumpul berdasarkan temubual-temubual bersama beliau, berikut merupakan beberapa gaya perdagangan yang digunakan oleh beliau :

  1. Top-Down Approach.
  2. Menggunakan leverage untuk trade Futures dan Forex.
  3. Jika beliau menemui set up yang di nanti, beliau akan bertaruh lebih besar atau fokuskan seluruh perhatian hanya pada set up tersebut.

P/S : Orang seperti Stanley Druckenmiller juga tidak lari dari membuat silap. Jadi, awas sekiranya anda bertemu dengan individu yang menawarkan ilmu trade tanpa rugi.

Sertai Market Demon di telegram


No comments: