Trading kelihatan begitu mudah. Apabila beginner mendapat profit, dia berasa cemerlang dan tidak dapat dikalahkan. Kemudian dia mengambil risiko lebih besar dan kehilangan segala-galanya. Orang ramai terlibat dalam trading kerana pelbagai sebab :
- Sebab yang rasional
- Sebab yang tidak rasional
Trading menawarkan peluang untuk membuat wang dengan cepat. Wang melambangkan kebebasan walaupun kebanyakan orang tidak tahu apa yang harus dilakukan dengan kebebasan mereka. Sekiranya anda tahu bagaimana untuk trading, anda boleh memiliki kebebasan masa, hidup dan bekerja di mana sahaja yang anda suka, dan tidak perlu menurut telunjuk sesiapa.
Ada yang berpendapat bahawa anda tidak perlu menjadi bijak untuk menjadi trader. Tapi pada pandangan saya trading melibatkan usaha-usaha intelektual. Ia satu kerjaya yang menarik bagi mereka yang gemarkan permainan teka-teki. Trading juga sesuai bagi seorang risk-takers tetapi jika anda tidak sukakan risiko, anda perlu jauhkan diri lebih awal.
Seorang trader yang bagus terbuka kepada idea baru. Objektif mereka sangat paradoks, bukan untuk menghasilkan wang. Objektif mereka adalah untuk trade dengan baik. Sekiranya mereka trade dengan baik, wang akan datang dengan sendirinya.
Jangan lupa sertai kami di telegram Market Demon.
P/S : Jika anda tidak tahu ke mana anda akan pergi, anda akan tersandung di suatu tempat yang anda tidak mahu pergi.
No comments:
Post a Comment