Jenama-Jenama US Yang Paling Berharga Bagi 2018 - Market Demon

Wednesday, January 16, 2019

Jenama-Jenama US Yang Paling Berharga Bagi 2018



Jenama boleh ditafsirkan sebagai satu lambang, simbol perbezaan, logo, nama, perkataan dan juga kombinasi kesemua yang dinyatakan. Jenama digunakan untuk membezakan produk antara satu sama lain. Motto pada jenama kebiasaannya menjelaskan bagaimana sesebuah syarikat ingin mempersembahkan produk mereka kepada pengguna. Kini, jenama merupakan satu aset kepada sesebuah syarikat sehingga mempunyai nilainya yang tersendiri.

Secara asasnya, sesuatu jenama perlulah senang untuk dilihat oleh pengguna. Jenama perlulah melambangkan kualiti dan kejayaan yang dicapai oleh sesebuah syarikat untuk membuatkan orang ramai percaya pada mereka. Untuk syarikat global seperti Apple dan Coca Cola, jenama mereka boleh mencecah nilai berbillion dollar. Penggunaan jenama ini perlulah betul untuk produk seiring dengan nama mereka.

Sememangnya jenama itu bukan sekadar nama. Jenama itu refleksi kepada perjalanan dan sejarah yang membuatkan ianya bernilai. Penciptaan lambang haruslah menarik bagi tujuan pemasaran.

Jenama-Jenama Yang Paling Berharga Pada Tahun 2018


  1. Alphabet Inc (GOOG)  $286.25 billion
  2. Apple Inc (AAPL) $278.9 billion
  3. Amazon.com Inc (AMZN) $165.25 billion
  4. Microsoft Corp (MSFT) $155.4 billion
  5. Facebook Inc (FB) $151.2 billion
  6. Visa Inc (V) $121.69 billion
  7. AT&T Inc (T) $114.9 billion
  8. Mcdonald's Corp (MCD) $110.26 billion
  9. IBM Corp (IBM) $102.1 billion
  10. Marlboro (MO)(PM) $91.5 billion
  Sumber: Brandz Top 100 Most Valuable US Brands 18

Jenama Google (GOOG) setakat ini mengungguli carta dengan $286.25 billion. Logo Apple membuatkan produknya terkenal dan duduk di tangga kedua. Sangat menarik jika kita lihat senarai jenama di atas didominasi oleh banyak syarikat teknologi. Ini menjelaskan kepentingan dan kuasa internet terhadap kehidupan manusia di seluruh dunia. Hanya tiga syarikat yang bukan dalam niche teknologi mampu berada di dalam senarai tersebut. Mereka menunjukkan daya saing yang tinggi, kadar inovasi yang pantas serta sentiasa memahami kehendak pengguna.

"Your personal brand is what people say about you when you are not in the room. Remember that!"


No comments: