Kali ini, saya Loqman akan membawa kan anda berita mengenai bekas ahli kongress AS yang menyatakan bahawa undang-undang terhadap cryptocurrency hanya membantutkan inovasi tersebut.
Nethercutt - yang mewakili Washington A.S sebagai anggota kongres selama sepuluh tahun dari tahun 1995 sehingga 2005 sekarang ini telah menjadi pengasas dan pengerusi Nethercutt Consulting LLC, Yayasan Nethercutt Civics.
Menyemak dasar A.S. di dalam dan di luar negara dalam penerbitannya yang baru-baru ini, Nethercutt membuat kenyataan yang kontras dengan tindakan Jabatan Negara dalam melindungi harta intelektual.
Suruhanjaya Sekurti dan Bursa(SEC) masih menjadi objek kritikan dalam industri cryptocurrency. Tumpuannya terhadap syarikat-syarikat crypto yang menggunakan undang-undang tahun 1930-an telah membuatkan organisasi crypto ini pada tahap yang tidak memuaskan bag SEC kerana beranggapan undang-undang ini sudah tidak sesuai untuk digunakan lagi.
Bagi Nethercutt, sekuriti adalah perkara yang utama harus dipisahkan dari industri crypto yang baru muncul ini bagi memberi peluang teknologi ini terus berkembang seiring dengan arus masa
No comments:
Post a Comment