Menguasai Pasaran Dengan Menguasai Bias - Market Demon

Sunday, January 13, 2019

Menguasai Pasaran Dengan Menguasai Bias


Masalah utama manusia adalah mengendalikan banyak maklumat yang perlu diproses secara teratur. Penyelidik menganggarkan bahawa manusia hanya boleh mengambil 1-2% maklumat visual yang tersedia pada satu-satu masa. Bagi trader dan investor, keadaan ini sangat ekstrim. Kita memantau pasaran di seluruh dunia secara simultaneous, dengan mudah memperolehi kira-kira 1 juta bit maklumat setiap saat.

Oleh kerana terdapat pasaran yang dibuka di seluruh dunia pada setiap masa, aliran maklumat ini tidak berhenti. Sesetengah trader benar-benar terpaku di hadapan skrin, cuba memproses seberapa banyak maklumat yang mereka mampu. Minda sedar mempunyai keupayaan terhad untuk memproses maklumat. Walaupun dalam keadaan ideal, kapasiti maklumat yang boleh diproses adalah antara 5 dan 9 potongan pada satu masa. Satu potongan maklumat boleh menjadi 1 bit atau beribu-ribu bit. Sebagai contoh, anda mungkin mengalami masalah untuk mengingat sebaris nombor yang panjang dalam masa yang singkat. Dengan peningkatan jumlah maklumat pada masa sekarang, adakah anda mampu mengendalikan semuanya?

Judgemental Heuristic
Sesetengah maklumat boleh mengganggu decision-making process. Ia disebut sebagai judgemental. Sebahagian maklumat yang lain pula membolehkan kita menyaring dan menyusunnya dengan banyak dalam tempoh masa yang singkat. Ia disebut sebagai heuristic. Kita tidak boleh membuat keputusan dalam pasaran tanpa judgemental heuristic. Tetapi judgemental heuristic juga sangat merbahaya kepada individu yang tidak menyedari kewujudannya. Ia boleh memberi kesan kepada cara seseorang itu membangunkan sistem trading dan membuat keputusan dalam pasaran.

Kita biasanya trade berdasarkan kepercayaan dan bias kita. Setelah kita membuat keputusan berdasarkan bias itu, kita tidak akan mengubahnya. Apabila kita mula masuk ke dalam pasaran, kita beranggapan bahawa kita telah mempertimbangkan semua maklumat yang ada. Sebaliknya, kita mungkin telah menyingkirkan maklumat yang paling berguna melalui persepsi selektif kita.

George Soros bersama mentornya, Karl Popper, 1990
Lagenda Wall Street, George Soros dalam bukunya merujuk ahli falsafah Austrian-British, Karl Popper sebagai mentornya. Investor hebat yang terkenal dengan gelaran The Man Who Broke The Bank of England ini membangunkan teori Reflexivity beliau hasil inspirasi dari falsafah dan hasil kerja Karl Popper.

Karl Popper menyatakan bahawa kemajuan dalam ilmu pengetahuan memberi hasil yang lebih banyak dari usaha untuk mencari kesilapan menerusi teori. Sekiranya konsep ini benar, maka semakin kita cenderung untuk memahami bias dan andaian kita, semakin tinggi peluang untuk kita berjaya dalam pasaran?

3 Kategori Bias :

  • Bias yang mempengaruhi pembangunan trading system
  • Bias yang mempengaruhi bagaimana anda menguji trading system
  • Bias yang mempengaruhi bagaimana anda menggunakan trading system

Bias yang mempengaruhi pembangunan trading system
Bias ini boleh dipecahkan kepada beberapa jenis :

1. Representation bias
2. Reliability bias.
3. Lotto bias.
4. Law of small number bias.
5. Conservatism bias.
6. Randomness bias.
7. Need to understand bias.

1. Representation bias
Manusia menganggap bahawa apabila objek mewakili subjek, bermakna objek adalah sama seperti subjek. Dalam erti kata lain, persepsi dan kepercayaan manusia berdasarkan maklumat yang diterimanya. Sebagai contoh, dalam pasaran trader menganggap candlestick yang dilihatnya mewakili keseluruhan pasaran. Sebaliknya, candlestick hanya pintasan untuk mewakili maklumat-maklumat dalam pasaran.

2. Reliability Bias
Manusia menganggap bahawa sesuatu itu adalah tepat walaupun ia mungkin tidak tepat. Ia merujuk kepada konsistensi ujian pengukuran atau kajian penyelidikan. Contohnya, jika seseorang itu menimbang beratnya, sepanjang hari dia beranggapan bacaan itu akan kekal sama. Dalam pasaran pula, data yang anda gunakan dalam historical testing sering kali diisi dengan ralat. Anda boleh melakukan banyak kesilapan dalam membuat keputusan pelaburan pada masa hadapan.

3. Lotto bias
Kebanyakan peserta pasaran mempunyai kecenderungan untuk mengawal pasaran. Oleh itu mereka lebih banyak memberi tumpuan kepada entry. Mereka expect pasaran akan bergerak mengikut kehendak (analisis) mereka. Malangnya, pasaran bukan milik mereka.

4. Law-of-small-numbers bias
Manusia cenderung melihat pattern yang tidak wujud. Beberapa sample pattern yang dilihat dalam pasaran sahaja sudah cukup untuk meyakinkan mereka. Sedangkan, chart pattern analysis sangat subjektif. Tanpa kemahiran, ia sangat merbahaya kerana boleh bertukar menjadi self-fulfilling prophecy. Jika bias ini dan conservatism bias mempengaruhi seseorang, dia boleh berada dalam keadaan yang sangat berbahaya.

5. Conservatism bias
Sebaik sahaja anda percaya anda telah menemui pattern tertentu, anda akan menjadi terlalu yakin bahawa pattern tersebut akan berfungsi dengan baik. Kesannya boleh mempengaruhi tindakan anda. Mereka yang mengabaikan money management mungkin akan over-trade, seterusnya mengalami margin call.

6. Randomness bias
Ramai yang menganggap bahawa pasaran terbina secara rawak dan terdapat banyak top dan bottom yang boleh mereka trade dengan mudah. Namun pasaran tidak terbina secara rawak. Trade berdasarkan top dan bottom boleh bertukar menjadi strategi yang menyulitkan.

7. Need-to-understand bias
Kita cuba mencari alasan untuk segala-galanya. Usaha untuk mencari order cenderung untuk menghalang keupayaan seseorang untuk mengikut aliran pasaran kerana manusia melihat apa yang mereka harapkan untuk dilihat.

Bias yang mempengaruhi bagaimana anda menguji trading system
Setiap orang mahu mengoptimumkan trading system mereka dan mereka percaya bahawa semakin banyak data yang mereka kumpul semakin tinggi kemahiran mereka. Sebaliknya, lebih baik anda memahami bagaimana sistem anda beroperasi dan hanya melakukan sedikit historical testing. Mereka juga secara tidak sengaja menggunakan data dalam pembangunan sistem, yang mana dalam situasi yang sebenar apa yang telah terjadi mungkin ianya tidak akan berulang lagi.

Selain itu, kebanyakan orang gagal untuk mempertimbangkan bahawa position sizing dan exit strategy adalah komponen penting dalam trading. Semasa membangunkan sistem, biasanya komponen penting ini tidak diuji bersama. Oleh itu, walaupun mereka berjaya membina sistem yang bagus tetapi mereka tetap terdedah kepada kesilapan terutamanya dalam aspek pengurusan trade.

Bias yang mempengaruhi bagaimana anda menggunakan trading system
Walaupun anda telah berjaya membina sebuah trading system yang baik, masih terdapat bias-bias lain yang boleh mengganggu anda terutamanya semasa proses melaksanakan system tersebut dalam situasi sebenar. Setiap trader mahukan prestasi yang maksimum, jadi akan timbul sikap-sikap yang boleh merosakkan system yang dibangunkannya. Misalnya fear & greed. Kebanyakan orang juga cenderung mengambil keuntungan dengan cepat tetapi mereka bertahan dalam kerugian begitu lama. Selain itu, bias sentiasa mahu menjadi betul menjadi punca utama kegagalan dalam pelaksanaan trading system.

Sekian. Sertai Market Demon di telegram


No comments: