Mahu Menjadi Trader Berjaya? - Market Demon

Monday, January 14, 2019

Mahu Menjadi Trader Berjaya?


Anda boleh bebas. Anda boleh hidup dan bekerja di mana sahaja di dunia. Anda boleh bebas daripada rutin dan tidak perlu menurut sesiapa pun. Inilah gaya hidup trader yang berjaya. Ramai yang bercita-cita untuk menjadi full time trader tetapi hanya sedikit sahaja yang berjaya. Amatur melihat skrin, mereka membuat profit kemudian rugi. Mereka membuat profit sekali lagi dan rugi lebih banyak. 

Ramai trader gagal kerana trading sangat sukar atau mereka kekurangan disiplin. Kebanyakan trader mengatakan mereka mahu berjaya tetapi terus melakukan kesilapan yang sama. Kedai buku dipenuhi dengan banyak buku bagus untuk diet tetapi dunia masih dibelenggu dengan masalah obesiti. Kenapa? Sama seperti trader, kebanyakan orang gemar menipu diri sendiri. 

Saya boleh berkongsi pengetahuan dan maklumat bagaimana untuk berjaya. Tetapi hanya anda mampu mengubah diri sendiri. Majoriti trader menghabiskan sebahagian besar masa mereka untuk membuat trade terbaik. Sebaik sahaja mereka entry, mereka hilang kawalan. Mereka mula menaiki sebuah roller coaster emosi. Kemampuan mereka untuk mengendalikan emosi mereka membawa kepada pengurusan trade yang teruk.

Semua trader berjaya tahu betapa pentingnya psikologi dalam trading. Amatur juga tahu tetapi mereka tidak mengendahkannya. Untuk menjadi trader yang bagus anda perlu membuka kedua-dua mata anda, menjadi lebih rasional dan realistik, dan tidak membuang masa serta tenaga untuk perkara-perkara lain.

Trading sama dengan sukan ekstrim seperti sky diving, rock climbing dan scuba diving. Sukan ini memberikan keseronokan yang luar biasa tetapi terdapat stigma tentang bahaya kerana ramai peserta yang mengabaikan risiko. Setiap orang yang mahu menyertai sukan ini perlu mengikuti peraturan keselamatan. Apabila anda mengurangkan risiko, anda akan mendapat lebih banyak kawalan. 

Begitu juga dengan trading. Anda hanya boleh berjaya jika anda mampu mengendalikannya secara serius. Untuk membantu memastikan kejayaan dalam genggaman, anda perlu mengamalkan pengurusan wang secara defensif. Seorang trader yang bagus menguruskan akaunnya dengan berhati-hati.



No comments: