Apa Yang Berlaku Di Venezuela? - Market Demon

Saturday, January 26, 2019

Apa Yang Berlaku Di Venezuela?


Pada 23 Januari yang lalu, Juan Guaido, ketua pembangkang Venezuela, mengumumkan dirinya sebagai presiden baru negara itu. Pengumuman itu dibuat dihadapan ribuan rakyat yang berhimpun memprotes rejim sosialis, Nicolas Maduro. Di bawah pentadbiran Maduro, Venezuela menjadi huru-hara. Sejak tahun 2013, GDP negara itu jatuh dengan ketara dan inflasi melonjak naik lebih daripada 1 juta peratus. 

Pada Ogos 2018, mata wang Bolivar telah kehilangan nilai sebanyak 95% berbanding US Dollar. Bekalan makanan dan ubat-ubatan menjadi sukar diperolehi. Huru-hara yang terjadi menyebabkan ramai rakyat Venezuela berpindah ke negara lain seperti Columbia. Lebih kurang 1/10 penduduk telah meninggalkan negara Amerika Latin itu.


Kerajaan Amerika Syarikat dan negara-negara Latin yang lain telah mengiktiraf Guaido sebagai pemimpin baru Venezuela. China, Rusia dan Turki pula memilih untuk terus berada di belakang Maduro.


"Democracy and socialism have nothing in common but one word, equality. But notice the difference: while democracy seeks equality in liberty, socialism seeks equality in restraint and servitude."


No comments: