Salah Guna Data Peribadi Pengguna, Google Didenda $57 Juta - Market Demon

Friday, January 25, 2019

Salah Guna Data Peribadi Pengguna, Google Didenda $57 Juta

Google fined $57 million under new EU data privacy rules

Organisasi pengawasan data daripada Perancis telah mendenda Google sebanyak $57 juta atau 50 juta euro di bawah undang-undang privasi Eropah yang dikuatkuasa pada tahun 2018. Hal ini kerana Google tidak mengisytiharkan kepada pengguna cara data dikumpul daripada servis yang disediakan untuk tujuan pengiklanan peribadi. Ini termasuk enjin carian seperti Google Maps dan YouTube.

Penalti yang dikenakan adalah yang terbesar di bawah undang-undang Eropah itu, juga dikenali sebagai General Data Protection Regulation yang berkuatkuasa pada May 2018. Contoh ini membuktikan bahawa pengawal selia bersedia untuk menggunakan peraturan sedia ada untuk mengawal semua syarikat internet yang bergantung kepada pengumpulan data pengguna. Facebook juga berada dalam pemerhatian dan menjadi subjek untuk penyiasatan oleh pihak berkuasa perlindungan data di Eropah.

Mark Zuckerberg
Facebook berpotensi menghadapi denda sebanyak $1.6 bilion oleh Eropah ekoran perlanggaran data yang melibatkan maklumat peribadi sebanyak 50 juta pengguna 

Keputusan itu menandakan satu fasa baru dalam menguatkuasakan undang-undang Eropah kerana sebelum ini syarikat internet telah menyalah guna data peribadi untuk kepentingan masing-masing. Denda terhadap Google hanyalah penalti yang keempat sejak undang-undang  berkuatkuasa. Penguatkuasaan di Eropah dipantau oleh Amerika Syarikat yang berperanan dalam membuat dasar. Amerika Syarikat juga dalam perancangan untuk membuat undang-undang negara yang baru dalam masa terdekat. CEO Apple, Tim Cook telah diberitahu pada minggu lepas mengenai undang-undang ini.

Eropah telah menjadi sangat agresif dalam memerhati syarikat teknologi. Google yang selalu menjadi target penguatkuasa telah didenda sejumlah 4.3 bilion euro pada tahun lepas kerana menyalahguna kuasa dalam pasaran telefon bimbit. Google mempunyai sebanyak 20 servis yang berbeza dan membuatkan ia sangat besar dan berkuasa dalam pengumpulan data.

Denda itu yang diumumkan pada Isnin adalah jauh lepas kecil daripada denda maksimum di bawah undang-undang data Eropah, iaitu empat peratus daripada pendapatan seluruh dunia sesebuah syarikat. Untuk Google sahaja, mereka menjana hasil jualan lebih daripada $4 bilion. Denda yang dikenakan tidak penting jika dibandingkan dengan pendapatannya. Tetapi penalti itu adalah untuk menyatakan bahawa Google seharusnya berhenti dalam mencipta iklan berdasarkan seseorang profil sehingga mereka memberitahu pengguna untuk persetujuan.


No comments: