Huraian Kegagalan Chart Pattern Analysis - Market Demon

Monday, December 31, 2018

Huraian Kegagalan Chart Pattern Analysis

Chart pattern analysis merupakan antara analisis teknikal yang paling kerap digunakan dalam trading. Terdapat dua pecahan utama dari chart pattern analysis :

1. Continuation pattern
2. Reversal pattern

Dalam beberapa kes, penggunaan chart pattern analysis menemui kegagalan dan trader berakhir dengan kerugian. Kegagalan analisis boleh berlaku apabila chart pattern tertentu tidak terbentuk seperti yang dijangka (mengikut teori). Akibatnya, market price bergerak ke arah bertentangan. Kesannya menyebabkan position yang dibuka oleh trader terkena stop loss (SL). Lihat contoh kegagalan chart pattern di bawah :


Gambar di atas menunjukkan chart pattern Double Bottom. Neckline memainkan peranan penting sebagai confirmation signal. Anda boleh lihat bagaimana market price menembusi neckline menandakan confirmation bullish. Walau bagaimanapun, price action melakukan pergerakan menurun, bertentangan dari teori Double Bottom. Kegagalan Double Bottom ini akan memerangkap trader yang mengambil long (buy) position.

Dengan memahami mengapa berlaku kegagalan dalam pembentukan chart pattern sangat penting jika anda menggunakan kaedah ini untuk trade. Dalam kebanyakan situasi, anda akan melihat pattern yang gagal terbentuk akan berkembang menjadi pattern yang lain. Lihat contoh Double Bottom tadi, sekiranya anda mengamatinya anda akan mendapati bahawa Double Bottom berubah menjadi Expanding Triangle. Upper Trendline & Lower Trendline yang membentuk Expanding Triangle memberikan kita maklumat yang berharga dalam mengakses perkembangan market price pada masa hadapan. 


Pengajarannya di sini, Chart Pattern Analysis merupakan kaedah yang baik tetapi sangat merbahaya kerana visual anda mampu menipu dan mempengaruhi bias anda di mana akhirnya hanya akan menyebabkan anda trade berdasarkan self-fulfilling prophecy semata-mata.

Bagaimana untuk mengurangkan kesilapan dalam penggunaan Chart Pattern Analysis? Setiap kaedah mempunyai kelebihan dan kelemahan. Tidak ada satu kaedah yang sempurna, yang boleh memberi anda jaminan kemenangan 100%. Oleh sebab itu, chart pattern analysis tidak boleh dijadikan sebagai stand-alone technique. Anda boleh menggunakan momentum analysis atau volume analysis bagi membantu mengurangkan risiko kegagalan dalam chart pattern analysis.

Selain itu, pengurusan bias juga sangat penting dalam trading. Sekiranya anda tidak menguruskan bias dengan baik, anda mungkin akan terlebih yakin dalam membuat keputusan. Kurang yakin, tidak bagus tetapi terlebih yakin juga tidak bagus. Ia boleh menyebabkan anda overtrade (menggunakan lot terlalu besar) dan kesannya anda berpotensi untuk mengalami kerugian secara total.

No comments: