George Soros |
Tips yang saya kongsi dalam artikel kali ini sangat ringkas tapi saya percaya sekiranya anda mempunyai tahap disiplin yang tinggi untuk mengikutinya, hasil trading anda pasti akan berubah.
Fokus Pada Satu Pair
Sekiranya anda seorang trader, anda hanya perlu melakukan perkara yang sama berulangkali. Hanya fokus pada "perfect execution" pada satu perdagangan sahaja. Tidak perlu beri tumpuan terlalu banyak pada pair yang lain.
Leverage
Halangan terbesar seseorang trader adalah leverage. Terdapat banyak broker yang menawarkan tahap leverage yang tidak normal, terlalu besar. Jika anda betul, selamat hari raya untuk anda. Jika anda salah, selamat jalan Romeo.
Leverage merupakan ujian terhebat seseorang trader. Anda melakukan analisis anda, anda berkata kepada diri sendiri,
Saya tahu market price akan bullish. Jadi, jika saya tahu ia akan bullish kenapa saya tidak bertaruh lebih besar?
Dan leverage akan bertukar menjadi sebahagian daripada azab anda.
No comments:
Post a Comment