Paris Riot : Bantahan Besar-Besaran Di Perancis - Market Demon

Sunday, November 25, 2018

Paris Riot : Bantahan Besar-Besaran Di Perancis

Aksi penunjuk perasaan di Paris
Perancis mengerahkan beribu-ribu orang anggota polis untuk membendung protes yang berlaku gara-gara kemarahan orang ramai atas kenaikan cukai bahan api oleh Presiden Emmanuel Macron. Ketegangan yang memuncak telah menarik lebih daripada sejuta penduduk sejak seminggu yang lalu, turun berdemonstrasi di seluruh Perancis.

Menteri Dalam Negeri, Christophe Castaner meminta semua pihak supaya bertenang. Seramai 3,000 pasukan keselamatan telah dikerahkan ke Paris, terutamanya di sekitar kawasan pelancongan seperti Champs-Elysees. Dilaporkan, dua orang telah terbunuh dan beratus-ratus yang lain cedera sepanjang protes berlangsung.

Pihak polis telah menembak gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan para penunjuk perasaan yang berkumpul di ibu kota dan menghalang jalan raya. Pada awal minggu ini, Marine Le Pen dari parti pembangkang telah menyeru para penunjuk perasaan menuju ke Champs-Elysees walaupun pihak berkuasa mengharamkan sebarang demonstrasi jalanan.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengecam keganasan oleh penunjuk perasaan. Menerusi akaun Twitter miliknya, beliau berkata,

Memalukan mereka yang menyerang (polis). Memalukan mereka yang bertindak ganas terhadap warga lain... Tiada tempat untuk keganasan dalam Republik ini.

Di bawah merupakan video dan gambar yang berjaya dirakam sepanjang protes berlangsung :















No comments: