Kad Pembayaran Jepun Menggunakan Sistem Blockchain untuk Menentang Penipuan - Market Demon

Sunday, November 25, 2018

Kad Pembayaran Jepun Menggunakan Sistem Blockchain untuk Menentang Penipuan

Image result for sbi ripple


Proof of Concept (PoC) akan dijalankan pada platform blockchain R3, yang bertujuan untuk mencegah kerosakan yang dilakukan oleh transaksi penipuan dengan membolehkan perkongsian data real-time antara pihak yang menggunakan blokchain.

Kad Pembayaran Jepun memilih sembilan penerbit kad kredit utama di dunia dan ini termasuk American Express (Amex), Credit Saison dan Toyota Finance. manakala SBI Ripple Asia merupakan syarikat dalam usaha sama dalam memberikan perkhidmatan kewangan Jepun SBI Holdings dan firma Ripple yang menggunakan teknologi blokchain untuk sektor kewangan.

Corda dilaporkan telah dipilih untuk PoC dan salah satu sebabnya kerana privasi data dan tetapan keselamatannya yang ditawarkan. Ciri-ciri yang ditawarkan ini menggariskan bahawa data dalam sistem adalah dikongsi hanya dengan mereka yang mempunyai keperluan untuk mengetahui sahaja. Setiap syarikat akan memiliki nod Corda, dan setiap syarikat melaksanakan dasar keselamatannya sendiri, perkongsian data di antara nod adalah dijamin oleh Corda. 

Walaupun pada peringkat PoC, maklumat akan dikongsi hanya diantara syarikat yang terlibat sahaja dan akan mempertimbangkan untuk memperluaskan perkongsian data kepada pelbagai pihak yang lain - seperti peniaga dan penyedia perkhidmatan pembayaran (PSP) 

No comments: