Menurut teori big round number, pergerakan harga dipengaruhi oleh psikologi traders. Semua pergerakan dalam pasaran tidak berlaku secara kebetulan kerana terdapat sebab yang sah disebalik setiap kejadian.
Antara round number dan nombor lain, fikiran manusia lebih cenderung kepada round number. Ini bukan hanya berlaku dalam pasaran tetapi juga terjadi dalam kehidupan seharian kerana round number lebih mudah diingat. Contoh situasi, apabila seseorang bertanya kepada anda,
Pukul berapa sekarang?
Anda melihat jam, jam menunjukkan pukul 12.29 malam. Apa jawapan yang akan anda berikan? Berdasarkan psikologi, ramai orang (mungkin bukan semua) cenderung mengatakan 12.30 berbanding 12.29. 12.30 merupakan round number.
Atau bagaimana sekiranya anda melihat harga sesuatu barangan yang diiklankan bernilai $9.99? Dalam minda anda, anda mungkin akan membundarkan harga itu menjadi $10.00 dan bukannya $9.99. Perkara yang sama berlaku dalam trading apabila traders menjalankan analisis teknikal dengan mengkaji price chart.
Kebanyakan traders mempunyai kecenderungan untuk membundarkan angka yang mereka lihat dalam price chart. Oleh kerana psikologi ini, traders cenderung menggunakan round number dalam mengenalpasti support & resistance (SNR) di dalam pasaran. Mereka juga cenderung mengambil keuntungan (TP) dan menghentikan kerugian (SL) di kawasan di mana tahap harga dibundarkan. Sebagai contoh, traders lebih cenderung meletakkan TP atau SL di tahap harga 1.13300 berbanding 1.13308.
Round Price
Dalam trading, round price biasanya merujuk kepada harga di mana terdapat sifar berganda (atau lebih), misalnya 1.13300 atau 1.13000. Mereka secara psikologi percaya, lebih banyak sifar lebih kuat tahap psikologi, sokongan dan rintangan. Round price sentiasa menjadi pilihan traders dalam menganalisis pergerakan harga pada masa hadapan. Mereka percaya harga cenderung mengikut pola yang sama kerana kebanyakan peserta dalam pasaran cenderung untuk menggunakan round price.
Walau bagaimanapun, setelah bertahun-tahun mengkaji banyak carta dalam pelbagai kelas aset, kami di Market Demon menolak teori big round number kerana ia lebih cenderung menjadi self-fulfilling prophecy. Kami percaya, trading sama seperti memiliki kedai runcit.
Market Demon Online Course |
Volume ibarat bahan api yang menggerakkan harga dalam pasaran. Ia memberikan anda senjata untuk mengesahkan harga dan memeriksa sentimen pasaran. Order book secara literal adalah jendela masa depan. Ia menunjukkan anda semua tahap harga yang mengandungi pesanan dan apa yang perlu untuk menggerakkan nilai sesuatu aset.
No comments:
Post a Comment