Pasaran cryptocurrency mengalami penurunan yang banyak sepanjang minggu ini sementara itu harga Bitcoin (BTC) terus merosot kepada serendah $ 4,300.
Penurunan ini telah mengakibatkan kejatuhan keuntungan miners dan pada masa yang sama memaksa pengusaha China menjual peranti perlombongan mereka selepas mengalami kerugian yang banyak, menurut 8BTC melaporkan bahawa miners terpaksa menjual alatan mining mereka dan dijual secara kilo.
Crypto miners dilaporkan menjual model lama ini termasuklah Antminer S7, Antminer T9, dan Avalon A741, kerana ia telah mencapai "shutdown price". Menurut laporan Tencent China, pendapatan dari perlombongan masih tidak lagi mencukupi kerana ia meliputi kuasa elektrik dan kos yang berkaitan lain.
Awal bulan ini, Bitmain mengumumkan rancangan untuk menjangkau ladang perlombongan tempatan di wilayah Xinjiang yang kaya dengan arang batu, dan memasang sekitar 90,000 peranti Antminer S9 di rantau itu. Rancangan Bitmain ini telah dilaporkan dan ia menjadi strategi yang strategik dalam "perang kuasa" pengkomputeran yang dikaitkan dengan hardfork BCH.
Pada bulan September lalu, Ketua Pegawai Eksekutif F2Pool menerbitkan infographic yang menunjukkan bahawa jika harga Bitcoin mencapai lebih rendah daripada 36,792 yuan China (kira-kira $5,376), perlombongan cryptocurrency dengan menggunakan Antminer T9 akan menjadi tidak menguntungkan lagi. Manakal bagi model pelombong S7, break-even untuk harga Bitcoin adalah lebih tinggi iaitu 79,258 yuan (kira-kira $11,581).
No comments:
Post a Comment