10 Keluarga Terkaya Di Dunia (Bahagian 1) - Market Demon

Wednesday, November 28, 2018

10 Keluarga Terkaya Di Dunia (Bahagian 1)




Tidak kira status kewangan anda, mengikuti perkembangan keluarga-keluarga terkaya di dunia memberikan anda perasaan yang mengujakan tentang bagaimana mereka membina empayar perniagaan mereka. Secara lumrahnya kekayaan mereka ini datangnya daripada bagaimana bijak mereka mencipta produk dan mewujudkan permintaan daripadanya. Kebanyakkan orang kaya kini menjadikan kekayaan sebagai satu benda yang patut dibanggakan dan ditunjuk-tunjuk kepada masyarakat.

Namun ianya amat berlainan jika kamu datang daripada sebuah keluarga yang sudah sedia kaya raya. Pakaian mereka kelihatan biasa dan universal. Banyak orang yang menjadi kaya tetapi sangat sedikit daripada mereka yang dapat membina legasi daripada kekayaan mereka itu. Perniagaan ini kemudian berpindah daripada perseorangan kepada perniagaan keluarga. Perniagaan keluarga menunjukkan nilai-nilai keaslian, tradisi, keturunan dan kualiti yang hidup dalam keluarga.

Umum mengetahui bahawa semestinya keluarga diraja mempunyai kekayaan yang lebih daripada ahli perniagaan. Untuk menjadikan artikel ini ringkas, saya akan menuliskan tentang kekayaan yang berhasil daripada kekayaan keluarga sahaja. Diluar daripada perbincangan ini, sudah tentu dalam kalangan yang terkaya ini, terselit juga Keluarga Diraja Thailand ($30 billion USD), Brunei ($20 billion USD), Arab Saudi ($17 billion USD). Di bawah ini ialah senarai keluarga terkaya walaupun waris-waris mereka menikmati hasil kekayaan tanpa perlu mengeluarkan setitik peluh.


1. Keluarga Walton (Walmart)
    Anggaran Kekayaan : $151.5 billion ~ 174.5 billion



Keluarga Walton adalah yang terkaya di Amerika Syarikat. Pada carta teratas iaitu Jim Walton dan Alice Walton sahaja bernilai $46.4 billion USD duduk di tangga 14 dan 16 dalam Forbes Annual List of Billionaires. Walmart ialah gergasi dalam perniagaan pasaraya. Diasaskan oleh Sam Walton di Arkansas pada 1962, Walmart kini merupakan syarikat terbesar dunia yang mempunyai pendapatan sebanyak $500 billion USD dan menggajikan sebanyak 2.3 juta pekerja. Syarikat ini mempunyai 12,000 cawangan di seluruh dunia dan mempunyai 5,328 cawangan di Amerika Syarikat.

2. Adik Beradik Koch (Koch Industries) 
    Anggaran Kekayaan : $120 bilion USD



Charles dan David Koch mewarisi kekayaan daripada perniagaan minyak bapa mereka. Tetapi hari ini mereka lebih berminat untuk meletakkan wang mereka dalam bidang politik. Mereka akan membelanjakan wang pada membiayai pilihan raya, professor universiti dan melobi posisi-posisi politik kesemuanya untuk agenda-agenda konservatif. Adik beradik ini bernilai $60 billion setiap seorang dan kedudukkan ke 8 dalam senarai manusia terkaya di dunia.

3. Keluarga Mars (Mars) 
    Anggaran Kekayaan : $70.9 billion ~ $89.7 billion

Mars merupakan salah satu produk yang dijual di Walmart, satu produk yang diwarisi turun temurun dan sangat dikenali kerana konsistensi rasa, harganya yang murah dan sangat berkualiti. Hari ini syarikat Mars lebih dikenali kerana produk M&M berbanding produk asal mereka coklat Mars. Pada tahun 2017, mereka membuat variasi dalam perniagaan mereka dengan membeli pegangan syarikat haiwan peliharaan, VAC yang berniali $7.7 billion USD. Adik beradik Jacqueline dan John Mars yang mewarisi tradisi daripada datuknya Frank Mars mempunyai anggaran kekayaan $23.6 billion pada kedudukan 34 Forbes Annual List of Billionaires. Kini syarikat itu dikendalikan oleh generasi keempat keluarga mereka.


4. Bernard Arnault dan Keluarga (LVMH) 
    Anggaran Kekayaan : $72.2 billion



Konglomerat dari Perancis ini mengungguli senarai dalam kelasnya apabila dia mempunyai 70 jenama terkenal dibawahnya. Jenama seperti Louis Vuitton, Christian Dior and Fendi, Hennessey liquor, Hublot, Tag Heur dan Sephora. Sebagai seorang budak muda, dia menolong bapanya dalam bidang pembinaan yang kemudian menggunakan duit keluarganya untuk visinya. Arnault sudah sedekad hidup dalam kekayaan tetapi kekayaannya meningkat dengan mendadak pada tahun lepas apabila dia mendapat keuntungan sebanyak $30.5 billion USD.

5. Carlos Slim Helu dan Keluarga 
    Anggaran Kekayaan : $67 billion

Manusia yang terkaya di Mexico merupakan pengurus syarikat America Movil, syarikat telekomunikasi terbesar di Amerika Latin dan juga syarikat Telmex, satu-satunya syarikat telekomunikasi di Mexico. Merupakan anak kepada pemilik sebuah kedai dan pelabur hartanah, Slim membeli syarikat ini dengan harga murah ketika keadaan ekonomi Mexico sedang tenat. Terkini Slim merupakan salah seorang pelabur di dalam projek kontrovesi lapangan terbang baru di Mexico City yang bernilai $13 billion

Baca sambungannya di sini:
10 Keluarga Terkaya Di Dunia (Bahagian 2)




No comments: